Susulan banyak berita yang tidak tepat berhubung krisis Rusia - Ukraine, Rusia telah melaksanakan undang-undang baharu berkaitan media yang memberi ancaman penjara 15 tahun jika pengamal media menyebarkan 'berita palsu.
Pelaksanaan undang-undang baharu itu membuatkan banyak organisasi media global menangguhkan laporan berita mengenai Rusia kerana mahu melindungi wartawan mereka.
BBC juga tidak terkecuali dan mengambil langkah menghentikan laporan di Rusia, manakala ada wartawan di Syarikat Penyiaran Kanada serta Bloomberg mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
CNN dan CBS News juga menghentikan penyiaran berita mengenai Rusia, sementara portal lain membuat semua nama wartawan di Rusia dalam laporan berita kerana bimbang mereka dipantau rapi.
Pegawai Rusia berkata, maklumat berita yang salah sengaja disebarkan oleh media berpaksikan Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah sebagai cubaan melaga-lagakan di kalangan rakyat Rusia dan dunia.
Sehubungan itu, pihak berkuasa Rusia meluluskan pindaan kepada kanun jenayah bagi menjadikan penyebaran maklumat palsu sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara.
Tindakan Rusia itu mengundang rasa tidak puas hati organisasi media antarabangsa. Ketua Pengarang Bloomberg, John Mickletwait berkata, undang-undang baharu itu dilihat sengaja menghalang laporan bebas dan laporan wartawan.
Ketua Pengarah BBC, Tim Davie juga berpandangan sama. Namun mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menggantung tugas semua kakitangannya di Rusia.
Sumber: Utusan Online