Watak Amber Heard dalam filem Aquaman 2 dipadamkan?



Sedang heboh di portal hiburan antarabangsa yang mendakwa, watak yang dilakonkan oleh Amber Heard dalam filem Aquaman 2: The Lost Kingdom, akan dipadamkan. 


Dakwaan itu tular susulan seorang wanita, Juliette Lauren Fischer, yang mendakwa dirinya pegawai eksekutif Warner Bros, memuat naik kenyataan tersebut di Instagramnya baru-baru ini, selepas Amber Heard tewas dalam perbicaraan saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp. 


Bagaimanapun, kesahihan kenyataan itu dipertikaikan oleh netizen terutamanya peminat Johnny Depp. Tidak kurang juga, ada yang meraikan pengumuman tersebut yang dikatakan memberi keadilan kepada Johnny Depp. 




Difahamkan, para peminat Johnny Depp telah berkempen menggesa Amber Heard disingkirkan dari filem itu selepas Johnny Depp dikeluarkan dari filem Fantastic Beasts (Warner Bros) dan Pirates of the Caribbean (Disney) atas fitnah yang dilakukan bekas isterinya itu. 


Semakan di laman iMDB bagi filem The Aquaman 2, nama Amber Heard masih berada dalam senarai pelakon sebagai watak Mera yang menjadi kekasih kepada Aquaman (Jason Momoa). 


Sehingga saat ini, Warner Bros masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu. 


Usaha mencari Instagram Juliette juga tidak dapat ditemui dan individu berkenaan dipercayai telah memadamkan akaunnya. 


Sumber: Portal Hiburan Antarabangsa