Lelaki maut dipercayai dibelasah isterinya sehingga mati

Foto Bernama


Seorang lelaki dilaporkan maut dipercayai dibelasah oleh isterinya sehingga mati dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, Johor Bahru, pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring. 


Menurut seorang saksi yang juga jiran mangsa berkata, dia sering mendengar pasangan itu bergaduh dan suspek juga pernah ditahan oleh polis sebelum ini. 


"Polis mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.50 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian. Suspek berusia 35 tahun dapat diberkas di kawasan sekitar. 


"Anak sulung pasangan itu yang berusia 11 tahun merupakan saksi kejadian tersebut," katanya. 


Menurut sumber, suspek ditemui pada jam 9.40 pagi tadi dan dipercayai cuba melarikan diri dengan keadaan kakinya terikat. Selain itu, terdapat kesan lebam di sebelah kanan mukanya. 


Suspek akan direman untuk membantu siasatan bagi mengetahui motif kejadian itu sama ada membabitkan senjata atau tidak. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Kosmo Online