Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan video prank tarik tudung dua wanita yang tular di media sosial.
"Seorang lelaki yang memuat naik video itu telah tampil membuat laporan polis pada Isnin. Berdasarkan maklumat yang diterima, perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial," katanya.
Namun setakat ini, pihaknya masih belum menerima laporan dari dua wanita yang terbabit dalam video prank tersebut.
"Kita sedang mengesan dua wanita tersebut itu dirakam keterangan berkaitan kejadian itu," katanya.
Terdahulu, pemilik Nick Channel tampil membuat permohonan maaf bersama dua wanita yang terbabit dalam menjayakan video tidak berfaedah itu.
Menurut Nick, video prank itu dibuat bagi mengetahui reaksi orang Melayu sama ada mereka akan tampil mempertahankan wanita Muslimah yang diperlakukan sedemikian.
Dalam pada itu, Nick juga menegaskan dia tidak bimbang dengan ugutan netizen yang mahu memukulnya kerana percaya negara ini mempunyai undang-undang dan dia boleh membuat laporan polis sekiranya dia diapa-apakan oleh orang yang tidak berpuas hati dengannya.
Sumber: Sinar Harian