(Video) 'Mata ada kan, jangan main redah je.. Tak nampak ke anak I?' - Wanita dakwa sekumpulan wanita ini tiada adab tetapi...



Percutian sekumpulan wanita di Kuala Lumpur sedikit terjejas apabila mereka dibebel oleh seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan mereka dalam insiden yang dikatakan berlaku di pusat beli belah, Berjaya Times Square. 


Video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Anis Nafisa berkata, dia bersama lima lagi rakannya masuk ke dalam lif sebelum ditegur oleh wanita berkenaan. 


"Kami enam orang masuk lift, so penuh la sampai belakang. Nampaklah seorang kakak dengan budak ni. Maknya dia penjuru kanan lift dan anaknya di penjuru kiri lift sambil melihat keindahan mall. 


"Dia tiba-tiba berkata, 'Hei, nampak kan anak I tu. Tak nampak ke?'. Dalam hati saya macam, marah saya ke? Padahal sebelum masuk dah nampak dia berdiri jauh dan tiba-tiba nak marah sebab saya berdiri di tengah antara dia dengan anaknya," katanya. 


@anisnafisaaa ceritanya, saya taknak ambik anak akak pun. Mohon kuasa viral cari akak ni‼️‼️ saya cuma nak mintk maaf je🥹🥹😌🥹🥹 ada rezeki kita lepak ye kak. #taknakculikanakorang #akaklift ♬ original sound - ig: AnisNafisaa


Anis kemudian menegur bahawa bahaya melepaskan anak di tempat awam seperti itu. Tetapi dibalas oleh wanita itu yang menuduh dia bersikap poyo. 


"Dalam lift ni kami dua orang je, jangan nak poyo sangat la eh," kata si ibu terbabit tetapi disangkal oleh Anis yang mengatakan ada individu lain berada dalam lift tersebut. 


Enggan memanjangkan hal itu, Anis dan rakan-rakannya mengalah dan terus keluar dari lif sebaik saja tiba di tingkat yang ingin dikunjungi. 


@anisnafisaaa Replying to @epot1101 NI FIRST VID, MEMBER RECORD AWAL DAH RUPANYA, tapi yg vid dia start tu tak sempatla sbb terkejut tetiba dia tanya "tak nampak ke anak i, jangan main redah je" hmm entahla kak, kalau akak start cara baik, saya okay tapi akak buat saya Rawrrrrr 🦁 maafkan kami ye kak, semoga jumpa lagi di lift yang sama🤭 #akaklift #kamitakpoyo #naklawankitalawan ♬ original sound - ig: AnisNafisaa


Dalam video kedua pula menunjukkan, si ibu mendakwa Anis dan rakan-rakannya meredah masuk ke dalam lif tanpa melihat anak perempuannya. 


"Mata ada kan, jangan main redah je, tengok anak orang kat memana," katanya. 


"Boleh cakap elok-elok, kenapa nak marah?" soal salah seorang rakan Anis.


"Sebab korang main masuk je tanpa kata 'excuse me' ke apa. Anak saya pun pandai cakap 'excuse me'. Tak ada adab, excuse me pun takde," balas wanita terbabit. 


Mereka kemudian meminta wanita itu sentiasa memegang anaknya apabila berada di tempat awam, tetapi tidak diendahkan dan berterusan membebel mengenai 'adab. 


Justeru, pemilik akaun TikTok berkenaan meminta netizen viralkan video tersebut agar dia dapat berjumpa dengan wanita berkenaan untuk 'meminta maaf'. 


"Saya tak nak ambil anak akak pun. Mohon kuasa viral cari akak ni! Saya cuma nak minta maaf je. Ada rezeki kita lepak ye kak. 


"Kalau akak start (tegur) cara baik, saya okay. Tapi akak buat saya rawrr. Maafkan kami ye kak. Semoga jumpa lagi di lif yang sama," katanya. 


Sumber: TikTok Anis Nafisa