Hidayah tuntut serah kunci rumah & jelaskan saman RM60K, Ali dakwa kakak iparnya datang untuk tabur benda-benda khurafat



Tengah hari Jumaat, 10 Februari, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, menuntut adik iparnya, Ali Puteh dan keluarga melunaskan bayaran saman RM60,000 seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini. 


Hidayah turut datang ke rumah milik arwah suaminya tengah hari tadi untuk berjumpa dengan adik iparnya tetapi, tiada seorang pun penghuni yang keluar dari rumah itu untuk menerima kedatangannya. 


Sedangkan sebelum ini, peguamnya telah memberi tempoh 21 hari untuk pihak berkenaan menyerahkan kunci rumah dan membuat pembayaran itu. Malangnya, tuntutan itu tidak diendahkan oleh Ali. 


Sementara itu, Ali dalam satu hantaran di akaun media sosialnya (sebelum dipadamkan) mendakwa kakak iparnya datang ke rumah untuk meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain dipercayai untuk upacara ritual tertentu. 


"Dah balik tinggal barang? Bezakan apa yang dia cakap dalam video. Hari ini, dia dan rombongan keluarganya serta peguam datang buat ritual keagamaan di rumah ini. Rumah ini ditabur garam kasar dan limau serta benda-benda. Tujuan datangg kata nak berbincang, tapi?





"Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia," katanya dalam video itu sebelum dipadamkan selepas dimuat naik kurang dari satu jam. 


Tindakan Ali memadamkan video itu mengundang tanda tanya netizen yang percaya video itu dipadamkan kerana pelawak itu bimbang sekiranya dia akan dikenakan tindakan undang-undang oleh kakak iparnya. 


Sumber: Harian Metro, Oh My Media, Instagram Ali Puteh