'Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik, pandai² jawab dalam kubur' - Amir Jahari kesal ahli politik PN rembat lagunya tanpa izin



Karya individu tidak kira dalam apa jugak bentuk samada tulisan, grafik, rekacipta dan seumpanya tidak harus diciplak oleh mana- mana pihak kecuali mendapat keizinan. 


Amir Jahari seorang penulis lagu, melalui komen di hantaran Twitter menyelar tindakan seorang ahli parlimen parti Perikatan Nasional Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati yang menggunakan lagu ciptaannya  dan  dimuatkan dalam satu video parti politik itu. 




“Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik. Kau boleh pakai, tapi aku tak isinkan, pandai-pandai  jawab dalam kubur nanti,” tulisnya.


Video tersebut merakamkan solidariti ahli-ahli parti tersebut bersama TS Muhyiddin Yassin.



“Solidariti bersama dengan TS Muhyiddin Yassin pagi ini . Bersama dengan Ds Rina dapat melihat & mendengar sendiri proses dalam Mahkamah bila pendakwaan ini dibuat,” tulis Mas Ermieyanti.



Walaupun Amir Jahari sudah memberikan amaran, namun sehingga kini video tersebut belum diturunkan. 


Seorang penerbit eksekutif (muzik) yang dikenali sebagai Joe Lee juga telah memberikan amaran kepada ahli parlimen tersebut. 


“Kepada @emysamsudin, bagi pihak @amirjaharimuzik sila padamkan video ni dengan penggunaan  tak berizin dari penulis lagu, lirik dan penyanyi #Hasrat iaitu @amirjaharimuzik.


“Saya minta cara elok, sebelum saya ambil tindakan seterusnya. Hormati soal hakcipta pemilik karya.


“Ini standard Ahli Parlimen ke? Pemilik karya sudah tweet tak izinkan, tak reti hormat ke? Sampai lagu pun nak sakau ke,” tulisnya.



Sumber: Emysamsudin, Amir Jahari, Joe Lee