Dulu dikutuk sebab anggap beg Charles & Keith sebagai jenama mewah, kini dia dilantik sebagai modeling



Zoe Gabriel, remaja perempuan yang dibuli di media sosial hanya kerana menganggap jenama Charles & Keith sebagai jenama barangan mewah, kini dilantik menjadi Duta Komuniti Jenama untuk firma berkenaan. 


Gadis berusia 17 tahun itu juga merupakan salah seorang model untuk kempen Hari Wanita Antarabangsa bagi syarikat fesyen tersebut. 


Gabriel baru-baru ini memuat naik gambar di Instagramnya yang memperagakan produk baharu keluaran Charles & Keith yang turut disiarkan di akaun media sosial rasmi jenama itu. 


Pelancaran beg itu juga alah untuk menyokong program "Bercerita untuk Kesaksamaan Gender" Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Gabriel sebelum ini dibuli segelintir warga maya hanya kerana menganggap hadiah beg tangan jenama Charles & Keith dari bapanya itu sebagai barangan berjenama mewah. 


Hal itu mengundang rasa simpati netizen yang kemudian mempertahankan remaja itu dengan mengecam pembuli yang dilabelkan tidak cerdik dan tidak berotak kerana cuba mengajar orang lain untuk membuat penilaian sesuatu barangan itu mengikut kehendak mereka tanpa menghormati pandangan orang lain. 


Tindakan pihak Charles & Keith melantik Gabriel sebagai modeling juga mendapat reaksi positif netizen. 


"Marketing Charles & Keith ni dah another level. Saya rasa orang-orang yang kecam budak ni tempoh hari mungkin tengah menangis sekarang," kata netizen. 


"Go girl! Tahniah! Tunjukkan kepada haters apa yang awak mampu lakukan," tambah netizen lain. 


Sumber: News BFM