'Kau rembat bini aku, aku rembat bini kau' - Suami balas dendam kahwini isteri kepada perosak rumah tangganya



Hancur luluh hati si suami apabila mendapati isterinya kahwin lari dengan lelaki lain. Namun, si suami tidak berdiam diri dan mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan mengahwini isteri kepada lelaki perampas itu. 


Neeraj dan Rubi Devi, kedua-duanya berasal dari Bihar, India, telah berkahwin pada 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata. 


Pada satu ketika, Neeraj mendapati isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain bernama Mukesh. Neeraj meminta Rubi memutuskan perhubungannya dengan lelaki itu, tetapi permintaan Neeraj langsung tidak diendahkan. 


Rubi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan dengan Mukesh pada tahun lalu dan tidak beberapa selepas itu, mereka pun berkahwin. 


Kecewa dengan apa yang berlaku, Neeraj meminta pandangan orang tua di perkampungannya, Kampung Khagaria, untuk mengadakan pertemuan khas bagi mencari jalan penyelesaian. 


Mukesh dan Rubi turut dipelawa untuk menyertai pertemuan itu tetapi mereka enggan memberi sebarang respon. 


Dalam kes seperti ini, kebanyakan pasangan memilih untuk meneruskan kehidupan atau menunggu pasangan mereka kembali. Tetapi bagi Neeraj, dia mengambil pilihan yang mungkin tidak pernah dibuat orang. 


Difahamkan Mukesh sebenarnya mempunyai isteri yang kebetulan bernama Rubi dan perkahwinan mereka mempunyai dua orang anak. 


Selepas melihat isterinya (Rubi Devi) tiada niat untuk kembali ke pangkuannya, Neeraj meminta isteri Mukesh berkahwin dengannya. 


Pasangan berkenaan selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu dan kisah pelik mereka itu kini menjadi bualan ramai di Khagaria. 


India Today melaporkan isteri Neeraj dan Mukesh mula berhubung melalui telefon selepas kejadian itu dan masing-masing menangis. 


Sebelum ini Neeraj membuat laporan polis terhadap Mukesh yang didakwa telah menculik isterinya. Sehingga kini Mukesh  masih menjadi individu dikehendaki polis. 


Sumber: Oddity Central