'TQ for this cacat kekal di muka' - Nurul Shuhada doa Allah beri balasan berat buat Hafidz Roshdi



Hati isteri mana yang tidak terkilan bila suami yang diberi kepercayaan bertindak mengkhianati hubungan mereka. Apatah lagi insan yang disayangi selama ini sudah berani mengangkat tangan dan menghadiah tiga das tumbukan di muka. 


Nurul Shuhada semalam terpaksa mendapatkan rawatan di hospital ekoran kecederaan dialaminya akibat pergelutan bersama Hafidz Roshdi di dalam kereta. Menurut laporan media, ibu kepada dua cahaya mata itu ditumbuk hanya kerana menjawab panggilan telefon ketika pasangan itu sedang berbincang di dalam kereta. 


Malam tadi, Nurul Shuhada meluahkan perasaannya melalui Instastory yang sedikit sebanyak berkongsi mengenai apa yang berlaku selama ini. 


"Apa yang dah jadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut, play vistim as in dia rasa apa yang dia buat selama ini tak pernah salah. Tapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari dahan pokok. 


"Never contact again was a bullshit. Yang pasti dia punya stalk I baca every comments is a joke. Haha. Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang.



"Dan kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk back up diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia, teruskan. Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras. 


"Thank you for this cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda dan anda. Hal ini kerana, Ustaz Azhar Idrus mengesahkan, mendoakan keburukkan untuk manusia zalim tidak salah!




Dalam kenyataan seterusnya, Nurul Shuhada kali ini dia akan tampil berjuang untuk hidupnya dan enggan lagi berprasangka baik pada apa yang berlaku. 


"Kali ini I nak go all out. I nak fight for my life. Cukuplah I jadi manusia baik sangka dengan anda dan anda. Separuh mati dah aku kena," tegasnya. 


Sumber: Instagram Nurul Shuhada