(Video) 'Dia tak wish birthday I' - Kesedihan Eina Azman terjawab, Eina Azman dan netizen kena prank DP Kaiser



Hantaran selebriti terkenal Eina Azman sebelum ini mengundang pertanyaan netizen apabila sering memuatkan ayat-ayat sedih di media sosialnya dengan tanda palang #wanitaberdikari. Melalui hantaran itu, netizen mula berteka-teki tentang isu peribadi Eina Azman dan suaminya. 


Namun begitu, netizen mengharapkan agar tiada perkara negatif yang berlaku memandangkan Eina Azman dilihat sebagai isteri yang mempunyai pakej cukup lengkap. Eina Azman sering dipuji netizen kerana kerajinannya memasak untuk suami dan anak-anak.


Luahan-luahan sedih Eina akhirnya terjawab. Rupa-rupanya Eina dikatakan sedih dan berprasangka sebaliknya kerana suaminya tidak mengucapkan apa-apa ketika hari lahirnya apatah lagi membuat sambutan hari lahir tanpa menyedari itu semua hanya lah prank dari suaminya. 


Semasa sesi live pelancaran produk di TikTok bersama Didie Alias, suaminya datang membuat kejutan dengan membawa jambangan bunga yang besar. Eina yang terkejut dengan situasi itu menyembunyikan diri di belakang Didie Alias.


@chantiqrich KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fypシ゚viral #lounching #chantiqrich ♬ bunyi asal - chantiqrich


“Mummy, first time dia buat tak tahu, dia tak wish birthday i, selalunya dia update birthday i. I tak mahu semua ni, I just nak dia wish, jadi normal,” katanya Eina Azman sambil mengadu kepada Didie Alias. 


Rata-rata netizen berasa lega dan turut terkena kejutan yang dibuat oleh Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Netizen mengharapkan agar perkahwinan mereka kekal selamanya.


Sumber: TikTok Chantiqrich