(Video) 'Ingatkan nak kahwin, rupanya jual produk' - Netizen kecewa dipermainkan oleh Zara Zya kononnya bakal mendirikan rumah tangga



Seminggu yang lalu, netizen kecoh dengan penularan berita yang melaporkan pelakon Zara Zya bakal menamatkan zaman bujangnya, ekoran tular gambar seorang wanita berusia menyarung sebentuk cincin ke jari Zara. 


Khabar angin itu bertambah 'kencang' apabila tuan empunya badan pula tampil memberi bayangan seolah dia bakal mendirikan rumah tangga dalam tahun ini. 


Namun, keterujaan para peminat untuk melihat Zara berbuat demikian terpadam apabila dia mendedahkan video penuh acara menyarung cincin itu hanyalah sekadar promosi produk makanan tambahan. 


'OWH, KITA SEMUA KENA SCAM LA Ni?'


Melalui hantaran di Instagram itu Zara berkata, "After berbulan I simpan this secret, finally it's time to share my favourite meal replacement yang I consume tiga bulan lepas untuk turunkan berat badan I," katanya. 



Di ruangan komen, netizen mengakui mereka terperdaya dan dalam masa sama mengkritik perbuatan pelakon itu yang menggunakan cara salah untuk mempromosi produk. 


"Sekarang kalau launch produk memang kena buat macam yang nak kahwin," kata netizen. 


"Tak rasa bersalah ke? Satu Malaysia kena prank, siap ucap tahniah lagi. Last-last jual produk. Adeh!" tambah netizen lain. 


Di Malaysia, sudah menjadi satu kebiasaan bagi pihak yang berkepentingan untuk menerbitkan video atau kenyataan 'panas' bagi melariskan produk berbanding zaman dulu yang lebih banyak menggunakan cara yang syirik. 



Situasi ini sama seperti kisah remaja pengembala kambing yang menipu penduduk kampung kononnya ada serigala yang datang untuk membaham ternakannya. Akibat daripada perbuatannya itu, penduduk kampung tidak lagi mempercayainya dan akhirnya pengembala kambing itu pun mati dibaham serigala.