(Video) Orang bukan Islam akan memerintah jika orang Melayu mempunyai kesedaran politik yang rendah - Hadi Awang



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa Malaysia akan dikawal oleh bukan Islam jika orang Melayu mempunyai kesedaran politik yang rendah. 


Berucap dalam forum di Kuala Lumpur malam tadi mendakwa jumlah pengundi bukan Islam keluar mengundi adalah lebih tinggi daripada pengundi muslim pada pilihan raya umum lalu dan perkara ini membimbangkannya. 



Hadi berkata, dia juga ada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pilihan raya dan mendakwa Mahathir juga menyuarakan kebimbangan yang sama. 


Jelas Hadi, walaupun Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi undi Melayu dan muslim, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan dengan memenangi undi bukan Islam. 


Beliau juga mengulangi dakwaannya bahawa peratusan keluar mengundi bukan Islam adalah 98 peratus, manakala peratusan pengundi  muslim pula hanya 68 peratus. 


Hadi telah berkongsi teori peratusan pengundi Melayu yang rendah sejak Disember lalu. Beliau mendakwa peratusan keluar mengundi adalah sekitar 60 peratus. 



Dakwaannya itu disangkal oleh beberapa penyelidik termasuk penyelidik Bridget Welsh yang mengatakan bahawa orang Melayu mempunyai peratusan keluar mengundi terbaik iaitu 79 peratus. 


Welsh juga mendakwa, kajiannya menunjukkan hanya 54 peratus pengundi Melayu mengundi PN. 


Sumber: MalaysiaKini TV