(Video) 'Ini hak kami, kami beli!' - Peniaga berang MPKB nak sita barang niaga, dakwa ditindas tetapi...



Sejak semalam tular di media sosial video menunjukkan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyita barangan niaga peniaga yang dipercayai berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan.

Tindakan penguatkuasa MPKB itu mengundang kemarahan peniaga terbabit yang kemudian menolak balang air di atas meja sehingga terjatuh kerana gagal mengawal kemarahan. 


Mereka juga tidak bersetuju barangan niaga mereka disita begitu sahaja kerana barangan itu adalah hak milik mereka yang dibeli menggunakan wang sendiri. 



Komen awal netizen:


"Kita bukan nak pertikai kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), cuma nak tanya kenapa hanya gerai atau kedai orang tempatan kena? Lagi-lagi kedai Melayu. Ingat, jangan zalim dengan anak bangsa sendiri. Doa orang teraniaya makbul," kata Nailmj. 


Seperti biasa, ada yang melabelkan penguatkuasa sebagai pengkhianat bangsa yang hanya berani mengambil tindakan terhadap orang tempatan berbanding peniaga warga asing. 


"Orang kita kalau meniaga habis kena angkut PBT. Umpama kita mengemis di negara sendiri. Sedangkan orang asing hidup selesa," kata Nizam. 


Bagaimanapun, pihak berwajib tampil memberi penjelasan di mana tindakan terpaksa diambil setelah nasihat dan amaran yang diberi sebelum ini langsung tidak diendahkan. 


MPKB mendapati ada peniaga yang menjalankan perniagaan di pintu masuk pasar raya Lotus dan persimpangan jalan. Tindakan itu mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan pembeli. 





Selain itu, ada yang berniaga di kawasan tempat letak kereta. Sedangkan peraturan telah menetapkan aktiviti perniagaan di tempat letak kenderaan adalah tidak dibenarkan.








MPKB juga mendapati ada peniaga yang meninggalkan kotoran minyak di atas jalan menyebabkan gangguan bau kepada premis perniagaan kain, termasuk menghalang pili bomba.

Dengan penjelasan itu yang lengkap dan padat itu, netizen menzahirkan rasa berpuas hati dan setuju dengan tindakan pihak MPKB. 


"Jangan guna tiket Melayu untuk menghalalkan segala perbuatan jijik kau. Itulah kena siasat, ini tak pasal-pasal ada yang salahkan perdana menteri, bangsa lain. Kalau kau niaga di area jalan masuk tu, aku pun geram," kata netizen. 


Sumber: TikTok, Twitter Xavier Naxa