Uqasha juga menegaskan bahawa dia tidak takut untuk berdepan dengan wanita itu sekiranya tuduhan tersebut benar atau jika sebaliknya, dia akan mengambil tindakan undang-undang kerana telah memfitnahnya di media sosial.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan balas dari pengadu. Tetapi netizen yang menelusuri akaun Twitternya mendapati, pengadu pada 28 Oktober 2019, iaitu empat tahun lalu pernah memuat naik ciapan yang berkaitan dengan isu sama.
Dalam ciapan itu, pengadu mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli sehingga dia terpaksa pindah ke sekolah lain, manakala pelajar yang membulinya telah menjadi artis.
Berdasarkan ciapannya semalam pula, pengadu berkata adalah tidak wajar jika ada yang meminta bukti mengenai kejadian buli itu kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit.
"Yang minta bukti lain pun, adoi.. ingat zaman tu phone semua ada camera ke? I tak ada personal handphone until form 4. Before that pinjam phone parents kejap main snake, LOL," katanya.
"I dulu pergi sekolah tak complete lencana, name tag dan tanda sesi pun goyang. Cuma I pernah hisap rokok depan sekolah masa form 2 disebabkan bet bodoh dengan kawan. Itu je lah paling jahat pun. Cikgu disiplin tangkap I pun, I tak expose nama budak bet suruh smoke tu," ujarnya.
Semalam, ada seorang individu pula berkata sebaliknya.
"But I know you. Stop la putarbelit cerita sebenar. Semua yang pernah satu sekolah dengan you, kenal you. Aku pun tak tau kenapa hang pulak jadi mangsa buli, sedangkan hang yang kaki buli. Lawak!" kata Sedated Soul.
Sumber: Twitter Alya