'Bertubi-tubi mak dia boh penampaq, baru dia mengaku curi barang kemas tu' - Remaja 17 kantoi mencuri


Golongan remaja merupakan aset terpenting kepada negara pada masa akan datang. Golongan ini lah yang bakal menyumbangkan tenaga mereka untuk pembangunan negara. Namun, ketika ini masalah gejala sosial dalam kalangan remaja masih lagi berleluasa. 

Walaupun pelbagai pendekatan yang telah dilakukan, masalah ini masih lagi berlaku. Persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan di dalam situasi sebegini. Adakah ibu bapa, guru atau faktor persekitaran yang menjadi penyumbang gejala ini dari terus menular?

Seorang pengguna Twitter, berkongsikan kisahnya yang telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang berperwatakan seperti seperti samseng. Remaja ini dikatakan telah berhenti sekolah. Apabila dia memeriksa beg remaja berkenaan, didapati banyak barang kemas. Pelbagai alasan yang diberikan apabila diajukan persoalan.

SEMALAM aku tahan sorang budak umur 17 tahun. Tapi dah berhenti sekolah, rambut jambul ayam warna perang. Gaya ala-ala punk not dead. Siap ada anak buah dua orang (umur 13). Tahan check minta ic, masing-masing cakap tak bawa ic.

Then check lah beg dia. Poket semualah, mana tau ada bawa barang salah ke, senjata ke. Sebab situ memang selalu jadi samun bersenjata. Then jumpa satu beg kecik. Dalam tu ada barang kemas agak banyak.

Kami pun tanya elok-elok. Dia balas agak kurang ajar, macam cabar pun ada. Menjawab pulak tu. Aku kenangkan budak-budak. Kalau tak, melekat tapak tangan. Siap tegur, “Cakap elok-elok. Aku bukan sebaya kau. Ni dua orang pangkat bapak kau dah” sambil tunjuk dua orang incas aku.

MENDAKWA BARANG KEMAS KEPUNYAAN IBUNYA DAN IBUNYA MINTA UNTUK  DIGADAIKAN

Dia kata barang kemas tu nak gadai. Mak suruh, kalau kaulah, agak-agak nak percaya ke dengan perwatakan dia macam tu? Kami tak percaya, cakap elok-elok lagi suruh beritahu cerita betul. Dia boleh sound kami “Kalau tak percaya sangat call lah mak saya. Ingat saya tipu ke?”

Bila suruh call, bagi alasan phone tak boleh buka. Lupa password katanya. Kat situ kami syak phone tu phone curi. Tapi diam lagi. Suruh ajak pergi rumah, dia spin cerita duduk dgn pakcik dia pulak.

MULA BERBOHONG MENGATAKAN IBUNYA SEDANG BEKERJA

Tak apalah, tanya mak kerja tak. Dia kata kerja. So ajak pergi tempat kerja mak dia. Dia kata mak dia tengah kerja. Kami pun pi. Sampai tempat kerja dia, tiba-tiba staff situ kata mak dia tak kerja. Budak tu boleh tahankan kata mak dia ada tadi.

Aku panggil supervisor dia, suruh call mak dia. Mak dia datang, kami pun tanya mak dia, “Macam ni puan. Kami tahan anak puan, jumpa barang kemas. Dia kata puan punya, suruh gadai. Tu kami panggil puan. Sebab banyak barang kemas tu.”

Then kami tunjuk barang kemas tu. Sekali mak dia tak cakap banyak, tarik jambul warna perang anak dia. Boh penampaq sulung anak Jepun. Aku dalam hati “Fuh, kau. Puas hati. Tadi kemain kurang ajar.” Bertubi-tubi, bertali arus mak dia boh penampaq. Then kami pun tenangkan mak dia.

TERBONGKAR SEGALA PENIPUAN

Then baru dia cakap perlahan-lahan. Dia cakap barang kemas tu dia ambik kat rumah pakcik dia. Dia kata dia punya. Masih lagi nak spin cerita. Mak dia boh lagi sebiji. Baru dia mengaku curi pakcik dia punya. Dia amik bawah bantal dalam bilik pakcik dia.

Budak tu rupanya ada rekod banyak kali dah masuk dalam. Mak dia suruh tangkap je. Kami masih lagi fikir dia budak lagi. Muda lagi, so kami suruh pulang balik tempat asal barang kemas tu. Settle lah sendiri. Kalau owner nak buat repot. Baru tangkap.

Sebab owner call tak dapat. Phone beliau mati. Sedih sebab budak baru 17 tahun dah ada rekod masuk lokap berapa kali. Ni lah abe masa kejadian. Spek tu dia punya. Budak tu belakang aku je.


Pandangan peribadi aku, environment sesuatu kawasan perumahan tu main peranan pada kelakuan dan pengaruh pada anak-anak. Banyak masalah melibatkan budak-budak bawah umur ni sebenarnya.

Sumber: Tsgxy_

(Video) 'Bila periksa balik, terkejut bila nampak sebahagian badan bayi sudah terbakar'


Mayat seorang bayi lelaki  ditemui hangus terbakar di lokasi pembuangan sampah sekitar Perumahan Pemda II, Kelurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, lapor Kompas.

Saksi kejadian, Putra, merupakan orang yang pertama melihat dan menemui mayat bayi yang telah hangus terbakar.  


Pada hari kejadian, Putra mengatakan  ketika dia sedang membuang sampah, dia terhidu benda busuk di sekitar kawasan tersebut lalu dia terus membakar sampah-sarap tanpa menyedari ada seorang bayi yang dibuang di situ. 


Tetapi, saat dia sedang mengumpulkan sampah, dia terjumpa sesuatu yang mencurigakan. Dia pada awalnya tidak percaya cebisan daging yang sudah terbakar itu merupakan seorang bayi dan dia beberapa kali mendekati longgokan sampah yang masih mengeluarkan asap itu.

"Apabila saya periksa balik, saya terkejut dan mendapati sebahagian badan bayi tersebut sudah terbakar dan saya dengan cepat memadamkan api," jelasnya.



Sementara itu, difahamkan, ibu kandung kepada mayat bayi terbabit melahirkan bayi tersebut seorang diri di kawasan perumahan terbabit. Wanita berkenaan dikatakan melahirkan bayinya di Batam dan tidak pulang ke kampung halamannya kerana dia malu dengan keluarganya. 

Bapa kepada bayi tersebut pula dikatakan enggan bertanggungjawab dan membiarkan wanita itu bersendirian menguruskan kandungannya.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai EN, baru sahaja seminggu menetap di kawasan itu. 


Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan, EN merupakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. 

“EN merupakan TKI dan baru saja balik ke Indonesia melalui jalur Batam. EN juga mengakui dirinya hamil sejak menjadi TKI di Malaysia dan ketika sudah sarat mengandung, dia telah kembali ke Indonesia," jelasnya.

(Video) Tangan hampir terputus 'ditelan' eskalator


Seorang bayi lelaki berusia satu tahun hampir putus tangan kanan ketika menaiki eskalator i sebuah pusat beli-belah di Yongzhou, huna, China, lapor Nextshark. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, tidak diketahui bagaimana tangan kanannya 'ditelan' oleh eskalator itu, namun mangsa bernasib baik apabila ada individu yang bertindak pantas menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator tersebut. 


Dalam klip video yang viral di media sosial, seorang wanita dipercayai ibu mangsa, sedang menenangkan anaknya sementara menunggu bantuan tiba. 

Mangsa kemudian diselamatkan dan terus dikejarkan ke hospital berhampiran. 



Doktor yang merawat mangsa berkata, tangan kanan mangsa hampir putus, tetapi masih boleh diselamatkan dan bayi itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

(Video) 'Habis tenggelam kereta aku!' - Akibat kedekut nak bayar RM12 untuk cuci kereta


Seorang lelaki di China menyangka mencuci keretanya di sungai yang cetek boleh menjimatkan wangnya dari menggunakan perkhidmatan cuci kereta. 

Bagaimanapun, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu tidak bernasib baik kerana pada waktu itu juga pintu air di hulu dibuka bagi mengelakkan banjir, menyebabkan air sungai naik dan mengalir dengan deras.


Dalam video yang dikongsi menunjukkan pemilik kereta tersebut berjalan di seberang sungai selepas buntu keretanya yang bernilai 1 juta yuan (RM594,337.79) tidak dapat diselamatkan dan tenggelam dengan sungai.

Mangsa terpaksa menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan dia dan keretanya. 

Jabatan Perkhidmatan Bomba Dujiangyan segera mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan mangsa dan kenderaannya keluar dari sungai itu. 


Mangsa kemudian menjelaskan, dia memandu ke sungai cetek itu kerana mahu mengelak dari membelanjakan 20 yuan (RM12) untuk servis mencuci kereta di kedai. 

Akibat tindakan kedekutnya itu, dia bakal berdepan dengan kos ganti rugi yang berlipat kali ganda. 

'Bunyi guruh kuat dan panjang, sampai bergegar rumah'


"Sampai bergegar siling rumah," demikian kata netizen yang mendakwa rumahnya bergegar berikutan bunyi getaran yang kuat dipercayai guruh ketika waktu maghrib, malam tadi. 

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam - 8.00 malam, bunyi guruh itu bukanlah bunyi guruh yang biasa, tetapi ia berbunyi lebih lama sebanyak dua kali. 

Insiden itu turut dirasai di beberapa tempat seperti di Putra Perdana, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Puncak Alam, Puncak Jalil, Klang, Banting, Sepang, Petaling Jaya, Bangi dan kawasan sekitar yang berdekatan.

Ada yang menyangka insiden itu merupakan tanda-tanda gempa bumi, tidak kurang juga membuat spekulasi mendakwa angkara HAARP. 







Namun dalam kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada jam 8.10 malam tadi memaklumkan akan berlaku ribut petir di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.20 pagi tadi, cuaca ribut dan petir akan terus berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak sehingga jam 8 pagi tadi. 



Di media sosial, netizen turut berkongsi beberapa gambar yang sempat dirakam. 

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan mengenai insiden itu.