(Video) 'Orang lain sambut new year juga, tapi takdelah camni' - Netizen gesa PDRM ambil tindakan terhadap individu aniaya pengguna jalan raya


Viral di media sosial sekumpulan anak muda menyembur buih pada beberapa pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut pada malam menyambut tahun baru 2019, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang berlaku di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang itu, video berdurasi 53 saat menunjukkan anak muda terbabit dengan selambanya menyembur buih tersebut pada cermin hadapan sebuah kereta. 

Mereka kemudian 'menyerang' penunggang motosikal di belakang dan menyembur bahan yang sama sehingga menjejaskan pengelihatan penunggang terbabit. 

Tidak terkecuali sebuah kereta di belakang turut menerima nasib yang sama, sambil disaksikan orang awam yang mengambil kesempatan untuk merakam perbuatan anak-anak muda itu. 

Namun di media sosial, netizen menganggap perbuatan anak-anak muda itu biadab dan tidak cerdik kerana menyusahkan pengguna jalan raya serta tidak bertamadun. 


"Mohon sangat yang kena malam tadi (lebih-lebih lagi penunggang motosikal itu) buat laporan polis. Bukti video dah ada, tolonglah report bang motor. Saya merayu kepada abang. Budak-budak ini memang patut kena," kata netizen. 

"Beruk baru keluar dari hutan. Orang lain sambut tahun baru juga tak berkelakuan seperti mereka. Bagi malu mak bapa je," kata netizen lain.

'Mari pejabat agama, jamin aku.. kena pulak ni' - Kantoi, warga emas call member minta tolong


"Mari pejabat agama, jamin aku.. kena pulak ni," demikian kata lelaki berusia 59 tahun yang meminta rakannya datang ke Pejabat Penguatkuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, semalam, selepas dia dan pasangannya berusia 41 tahun ditahan di sebuah rumah tumpangan. 

Dalam operasi jam dua pagi di Jalan Sultan Zainal Abidin itu, pasangan yang pernah ditahan kerana melakukan kesalahan yang sama beberapa bulan lalu, sekali lagi ditahan penguat kuasa. 

Difahamkan, pasangan terbabit dipercayai sudah beberapa hari menginap di rumah tumpangan itu dan ketika serbuan dilakukan, mereka sedang tidur menyebabkan penguat kuasa terpaksa menunggu lama sebelum pintu bilik dibuka lelaki yang hanya berkain pelikat. 

Lelaki yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai tukang sapu itu kemudian merayu agar tidak dikenakan tindakan dengan alasan mereka sebelum ini pernah ditahan dan kes itu masih belum selesai. 

Rayuannya itu bagaimanapun tidak diendahkan, sebaliknya dia dan pasangannya diminta bertaubat kerana melakukan perbuatan yang jelas melanggar hukum agama. Namun lelaki itu langsung tidak menunjukkan rasa kesal dan insaf apabila dia dengan selamba menghubungi rakannya untuk datang menjaminnya. 

Setelah disiasat, lelaki terbabit tidak dibenarkan pulang ke rumah oleh isterinya selepas mereka berselisihan faham. 

Pasangan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan mulut oleh seorang penjamin.

Sumber: Harian Metro

'Tergamak aniaya kucing camni...' - Leher hampir putus dijerut dengan kabel


Viral di media sosial beberapa gambar seekor kucing dizalimi oleh individu yang tidak berperikemanusiaan dan jika tidak diselamatkan, ia mungkin mati dalam derita. 

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Designed By Cat pada 27 Disember lalu meruntunkan hati ramai pencinta kucing. 

Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun kucing itu mengalami kecederaan teruk di bahagian leher akibat dijerut dengan tali atau kabel berwarna hitam sehingga menyebabkan leher haiwan itu parah. 

Mujur ada individu yang berhati mulia ternampak kucing itu dan membawanya ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan serta menerima beberapa jahitan di lehernya. 

Setelah itu, kucing tersebut terus dipantau dan diberikan makanan berkhasiat agar berat badannya kembali seperti normal. 

Selepas beberapa minggu kemudian, haiwan itu kembali pulih dan kecederaannya juga sudah pulih. 


















'Berjam-jam tunggu customer tak muncul, staff terpaksa bayar RM161.40' - Kakitangan Secret Recipe dianiaya pelanggan


Malang nasib kakitangan di sebuah restoran cawangan Secret Recipe di Tesco Melaka, yang dianiaya oleh pasangan suami isteri yang tidak membayar hidangan yang telah dipesan. 

Berperwatakan alim, namun tergamak mencipta alasan dan mempergunakan darah dagingnya sendiri untuk 'makan free'. Akibatnya, kakitangan restoran itu terpaksa membayar kerugian tersebut. 

PERKARA yang selalu terjadi pada kakitangan Secret Recipe.

Adik-adik cakap customer ini pakai purdah, husband pula berkopiah. Masa nak buat pembayaran, customer ini kata dia tak ada cash. Lalu dia kata nak pergi ke ATM keluarkan duit 

Adik-adik ini pun kata di sini terima pembayaran menggunakan kad debit. Tetapi customer ini degil dan bagi bermacam-macam alasan untuk pergi ke ATM juga untuk keluarkan duit dan sementara itu dia tinggalkan anak dia. 

Adik-adik ini percayalah. Sekali bila masing-masing sedang buat kerja, budak itu pun hilang. Sampai berjam-jam lamanya customer itu tak muncul semula untuk buat pembayaran. 

Mulia lagi orang yang berambut perang berbanding orang yang menutup aurat ini. Staff Secret Recipe kena bayar sebab Secret Recipe bukan mamak yang customernya lari boleh lupa macam itu saja. 

Kalau kau fikir kau Islam, kau datanglah bayar semula. Aku pun tak perfect. 



Sementara itu di media sosial, beberapa netizen juga berkongsikan pengalaman sama dan tiada pilihan lain di mana mereka juga terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu. 





Sumber: SR Ika

'Laki bini kutip siput dalam rumah' - Peristiwa kelakar pasangan ini buat netizen geli hati


Tahun 2018 baru saja meninggalkan kita. Mesti banyak kenangan suka duka yang berlaku. Apa kenangan yang paling kelakar yang berlaku pada anda tahun lalu? 

SEBELUM 2018 berakhir, sis nak share satu story yang pada sis dengan husband memang sangat-sangat kelakar yang pernah terjadi pada kami berdua. Dan sampai sekarang memang tak boleh nak lupa. Kalau saja-saja duduk tu mesti akan teringat, lepas tu tergelak. 











Selamat tinggal salah satu kenangan. Semoga tahun 2019 akan wujud 1,000 lagi kenangan yang indah. Ku akhiri tahun 2018 ini dengan sebuah cerita pendek yang terjadi minggu lepas. 

Sumber: Pinky Violet