'Tak payahlah consume benda macam ni' - Netizen bimbang Nad Zainal ambil suplemen kuruskan badan



20 November tahun lalu, pelakon Nad Zainal dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru. Sebulan kemudian, Nad dibenarkan keluar wad dan kembali ke pangkuan keluarganya. 


Ketika itu, Nad menafikan dakwaan yang mengatakan dia menghidap sakit buah pinggang disebabkan kesan dari pengambilan suplemen. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya. 


"Pengalaman selama sebulan di hospital amat bermakna buat saya menghargai kehidupan saya dan lebih berhati-hati tentang kesihatan saya... menghargai orang sekeliling dan selalu buat pemeriksaan kesihatan serta mengharga semua makanan," katanya memetik laporan mStar Online 24 Disember 2022. 


Baru-baru ini, Nad berkongsi video di Instagram yang menunjukkan dirinya mempromosi makanan tambahan atau suplemen untuk menurunkan berat badan.



Perbuatan Nad itu mengundang kebimbangan para peminatnya kerana dia baru sahaja pulih dan mereka bimbang sekiranya insiden yang sama berulang sekali lagi. 


"Tak payahlah consume benda-benda macam ni. Terlalu banyak produk-produk kurus yang tidak diketahui keberkesanannya, apatah lagi bahan-bahannya," kata Yashlee. 


"Fikirlah long term. Aku yang dah kena sekali ni pun dah cukuplah. Hati bengkak side effect daripada benda-benda macam ni. Sekarnag memang consume real food je, berat turun juga. Tak fahamlah, ke sebab rasa okay je? Sakit sampai masuk ICU, tak rasa apa-apa ke? Anak pun kecik-kecik lagi," kata Queen. 


"Tak payah guna produk sampah ni Nanad. Member I guna produk dia yang warna ungu tu pitam jantung berdebar. Claim tak cirit birit bagai, tapi guna dua kali terus non stop membuang sampai badan tak cukup air. Founder product overclaim!" kata Nurul. 


Bagaimanapun, ada yang bersangka baik Nad tidak mengambil suplemen berkenaan dan mungkin hanya mempromosikan produk tersebut memandangkan dia adalah duta kepada produk berkenaan. 


Sumber: Instagram Nad Zainal

(Video) 'Malu saya bila baca air di Kelantan warnanya macam air teh susu' - PMX



Isu kenaikan kos sara hidup bukan lagi menjadi isu baharu dalam negara dan isu ini seolah sudah sebati dengan rakyat terutamanya penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar. Namun begitu, masyarakat di luar bandar pula tidak hanya tertumpu dengan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, malahan mereka berdepan pula dengan pelbagai masalah lain.


Seperti di negeri Kelantan, isu bekalan air tidak pernah selesai. Walaupun pelbagai rungutan yang disuarakan oleh rakyat di negeri itu, sehingga ke hari ini mereka masih menanggung masalah yang sama.


Melihat kepada situasi itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan berkata, sebagai seorang pemerintah dia cukup malu melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di beberapa negeri berkaitan dengan isu air.


“Saya sekarang diamanahkan sebagai Perdana Menteri, malu saya bila saya baca air di Kelantan air  warnanya macam air teh susu dan di Sandakan masalah air masih belum selesai.


“Jadi sebab itu kita harus cari jalan dan saya hargai komitmen tuan-tuan yang mahu melihat hal ini dan kerjasama dari Persekutuan dan negeri cuba selesaikan masalah rakyat sebagai keutamaan nombor satu, “ katanya.



Menurut Anwar, isu ini boleh diatasi sekiranya ada kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamanya penjawat awam.


“Dan ini hanya mampu dilakukan dengan baik sekiranya semua penjawat awam itu muafakat, khidmat dengan ikhlas selesaikan masalah rakyat kerana ini adalah amanah. Amanah ini bukan amanah Ketua Menteri atau timbalanny atau Menteri-menteri. Amanah ini amanah kita semua yang diberikan upah melaksanakan tugas.


“Dan saya ingin menggesa supaya tukar peta politik negara, tukar peta ekonomi dan budaya kita dengan penjawat awam sebagai teras dan tunggak membawa perubahan di negara kita,” katanya.


Sumber: Jason Yew

Pesara maut dilanggar pemandu mabuk yang tak puas hati ditegur buat bising



Seorang pesar maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian awal pagi kelmarin di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga. 


Mangsa berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.04 petang semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, akibat pendarahan dalaman, selain kecederaan pada badan dan kaki. 


Menurut anak mangsa, bapanya sebelum itu ada menegur dua lelaki minum arak di dalam sebuah kenderaan yang diparkirkan di belakang sebuh restoran di Plaza Padan Malim. 


"Kira-kira jam 2.40 pagi, saya dan ayah terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi muzik membingitkan dari kawasan parkir itu. Ayah kemudian pergi menegur mereka dengan baik sebelum kedua-dua lelaki itu beredar meninggalkan kawasan terbabit," katanya. 


Namun kira-kira 10 minit kemudian, mereka kembali semula dengan memasang bunyi muzik yang lebih kuat sebelum beredar. 


"Baru saja hendak baring, mereka sekali lagi datang membuat bising beberapa minit selepas itu membuatkan saya dan ayah keluar untuk meminta mereka beredar. 


"Secara tiba-tiba kereta itu cuba merempuh saya dan saya smepat mengelak dan berlari ke belakang sebuah restorna 24 jam di bangunan plaza berkenaan. 


"Saya kemudian melihat kereta itu berpusing dan menuju ke arah bapa yang tidak sempat mengelak dan hanya mampu berpaut di atas bonet hadapan dan terseret sejuah 20 meter ke arah belakang kedai," katanya. 




Mangsa dilaporkan terjatuh dan mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terhantuk pada tebing batu longkang. Kedua-dua suspek terus memecut melarikan diri dari lokasi kejadian. 


Anak mangsa segera menghubungi ambulans untuk membawa bapanya ke Hospital Melaka. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioenr Christopher Patit mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah berjaya menahan seorang suspek berusia 28 tahun untuk direman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Seorang lagi suspek berusia 27 tahun juga sedang giat diburu polis. 


Sumber: Harian Metro

Pegawai bank guna maklumat pelanggan untuk mohon kad kredit sehingga mengakibatkan kerugian RM563,422, ditahan polis



Polis menahan seorang pegawai bank tempatan pada Isnin selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422 di Taiping, dekat sini.


Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Jan lepas.


"Pihak berkenaan telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.


"Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad," katanya dalam kenyataan.


Razlam berkata pegawai bank berkenaan direman empat hari hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Sumber: Bernama

(Video) 'Ustaz jangan sibuk dengan hal kami, jangan lebih-lebih' - Lelaki Rohingya tak puas hati ustaz kacau aktiviti bangsanya



Isu kebanjiran warga asing terutamanya pelarian Rohingya di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun isu ini telah berulangkali dibangkitkan di media sosial, masalah yang sama tetap berulang kembali. 


Sejak dua tiga minggu lalu, tular video di media sosial yang menunjukkan seorang aktivitis masyarakat bergelar ustaz giat mengempur tapak-tapak perniagaan warga asing yang dibina secara haram sehingga mendatangkan kemarahan penduduk.


@lawan4malaysialagi

Isu Pasar Borong Selayang terus dimonopoli peniaga warga asing dan pelarian tetapi sampai bila?

♬ original sound - user29534343842 - PEJUANG NEGARA 🇲🇾


Mana tidaknya, laporan dan aduan telah dibuat tetapi tindakan daripada pihak berkenaan pula lambat menjadikan golongan warga asing ini 'naik lemak' dan berterusan menimbulkan masalah dan sesekali pernah kedengaran mereka meminta hak sama rata seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia.


Bagaimanapun, salah seorang warga Rohingya tampil menafikan semua dakwaan itu dan menjelaskan kedatangan mereka ke negara ini hanyalah untuk mencari makan tanpa menindas orang tempatan. 



"Saya tau ustaz orang tempatan dan kami pendatang atau pelarian. Sebenarnya kami datang sini bukan sebab kami suka (duduk) di sini. Tidak! Sebab kampung halaman kami ada masalah, kami lari pergi sini. Kami terpaksa, bukan sebab kami suka (tinggal) di sini. 


"Jadi kami sudah duduk di sini, ada yang sudah berkeluarga, ada anak, ada isteri dan juga orang bujang, duda. Kami duduk di sini bukannya kami pergi kacau setiap rumah (penduduk) untuk minta makan. Bukan. 


"Kami punya kaki, tangan dan kekuatan untuk kami bekerja dan mencari rezeki sendiri supaya kami tidak menyusahkan orang tempatan. Kami tolong orang tempatan, orang tempatan bagi makanan kepada kami. Sekarang pun saya tengah kerja dari siang ke malam. Kalau saya tak kerja, saya tak dapat makan ustaz. 


"Jadi saya nak bagitau ustaz, ustaz orang tempatan dan kami pendatang asing. Kalau boleh ustaz jangan terlalu sibuk dengan hal orang asing ini. 


"Orang pendatang asing ini nak buat apa semua, itu urusan dengan kerajaan Malaysia, Polis dan Imigresen. Nak cari lesen, road tax apa semua, mereka yang uruskan. Bukan ustaz, ustaz salah ustaz! Jangan keterlaluan dan melebih-lebih ustaz," katanya. 



Malangnya, penjelasan lelaki Rohingya itu tidak dapat diterima dan netizen membidas kenyataannya yang dianggap berlagak dan enggan menerima hakikatnya bangsa Rohingya banyak menimbulkan masalah di negara ini. 


"Duduk di negara orang kena sentiasa tunduk dan jangan mendongak. Ini berlagak macam tuan punya t anah, memang patut ditangkap," kata Pungguk. 


"Tak kisahlah kau pelarian tapi hormat tempat orang. Jangan main langgar kawasan orang. Bila dah kaya sikit, berlagak. Perangai pengotor tu pergi buang," kata DrkTot3. 


Sumber: Isu Semasa Viral