'Abang, Boleh Belikan Saya Makanan? Lapar...'


Ibunya mati bunuh diri dengan meminum racun serangga, manakala bapanya pula tidak mengambil peduli akan hal-hal anaknya. Tiga adik beradik ini kelaparan sepanjang hari, menyebabkan abang sulung mereka terpaksa 'mengemis' makanan di luar. 

Kisah yang dikongsikan oleh Kuan Chee Heng ini, mendapat pelbagai reaksi dari netizen. 

"Lewat malam di perhentian bas Pekeliling, seorang kanak-kanak lelaki kelihatan sedang meminta makanan. Seorang individu yang prihatin menawarkan makanan kepadanya. Kanak-kanak itu sangat lapar dan menyedihkan. 



"Dia juga meminta individu itu membelikannya sedikit sayur agar dia dapat bawa pulang ke rumah dan masak untuk dua adiknya yang berusia 12 dan 10 tahun yang masih belum makan. 

"Menurut kanak-kanak itu, ibu mereka telah membunuh diri dengan meminum racun serangga. Bapanya pula kaki botol. Mereka tiada apa yang dimakan, hanya bergantung dengan hasil 'mengemis' di jalanan.

"Sehingga kini dia cuba mencari pekerjaan. Bantulah kanak-kanak ini dan adik beradiknya. Sedih dengar cerita dari kawan ini. Marilah kita membantu kanak-kanak ini," katanya. - The Reporter