Awie, Bakal Isteri Dan Anak-Anak Disihir

Awie, Bakal Isteri Dan Anak-Anak Disihir 


Penyanyi Awie kini merasa risau apabila penyakit 'misteri' telah menyerang dirinya, bakal isteri dan anak-anaknya.

Awie berkata, dia beranggapan penyakit itu berpunca daripada sihir manusia yang tidak senang melihat kebahagiaan dia sekeluarga.

Dalam pada itu, Awie berkata, dua pengamal perubatan yang dibawakan dari Indonesia mendapati ada unsur-unsur khianat di rumahnya apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pasir kubur dan abu mayat yang dipercayai  ditaburkan di sekeliling rumah dia.

Tambahnya lagi, antara kaedah rawatan yang dilaluinya kini dia serta anak-anak dan bakal isteri diberi minum air kelapa oleh pengamal perubatan sebelum mengalami muntah yang luar biasa selepas itu.

Ini komen Awie:

“Kesakitan ini sering berlaku ketika saya hendak memulakan kerja dan ketika saya berada di rumah, kaki kanan saya nak pijak lantai pun sakit sehingga memaksa saya memakan ubat tahan sakit selama sebulan.

“Bila ke klinik doktor sahkan gout tetapi saya tak rasa begitu kerana tiada simptom-simptom gout seperti yang diberitahu doktor. Jadi saya tahu ia bukanlah sakit biasa tetapi ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang perlu dirawat melalui kaedah tertentu,”


“Lebih pelik, pernah terjadi rumah saya berbau bangkai yang sangat kuat terutamanya di bilik anak perempuan saya selain saya sendiri beberapa kali melihat kelibat yang menakutkan di dalam rumah sekalipun saya sendiri sudah berpindah ke rumah baru,” 

“Saya tak pasti berapa lama lagi kami akan melalui situasi getir ini tetapi selagi nyawa saya masih ada, saya tidak akan berputus asa untuk terus berubat,”

Awie bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada Jumaat ini di satu lokasi yang dirahsiakan.

Menurut Awie, dia tidak kisah jika penyakit itu hanya terkena kepadanya namun ia turut terpalit kesannya kepada anak dan bakal isteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan.

Awie juga akui bakal isterinya kini menerima penyakit yang misteri dan ini menyebabkan Awie terpaksa merahsiakan lokasi pernikahan keraan bimbang di ganggu.

Ini komen Awie:

"Dia pun kena juga. Mukanya tumbuh jerawat manakala kakinya pula lebam-lebam tanpa sebab dan terpaksa berjalan tempang hingga dia trauma. 

"Itulah punca saya tak mahu dedahkan lokasi pernikahan nanti kerana bimbang akan berdepan ‘gangguan’. 

“Majlisnya akan dibuat jauh dari sini. Persediaan pula dibuat menggunakan orang perantaraan kerana saya sendiri sibuk dengan aktiviti seni,"