'Cikgu Memang Hidup Senang Dari Penjawat Awam Yang Lain' - Noor | Guru Jawab Dakwaan Tidak Berasas Netizen


Apa yang terjadi apabila guru meluahkan tentang kerjayanya? Maka ramailah keyboard warrior di media sosial yang akan tampil menidakkan luahan guru. 

Di pandangan mata keyboard warrior, kerja sebagai guru adalah mudah, senang dan ringkas berbanding penjawat awam yang lain. Malah gaji mereka dikatakan lebih besar meskipun gred sama. Selain mendakwa guru mempunyai masa lapang yang banyak, guru turut dituduh menjalankan perniagaan secara part time ketika bertugas. 


Dan pelbagai lagi dakwaan yang tidak masuk akal sedangkan mereka tidak pernah menjadi guru. Persoalannya, wajarkah golongan keyboard warrior ini bercakap tentang sesuatu yang mereka tidak alami? Sudah tentu tidak. 

Menjawab dakwaan ini, mungkin ini jawapan yang boleh memberi penjelasan yang penuh mengenai tugas-tugas seorang guru yang anda tidak tahu. Meskipun kenyataan ini dikeluarkan pada 27 September 2014, ia masih relevan untuk dihadam oleh golongan keyboard warrior. 

Masing-masing mempunyai kerjaya dan tanggungjawab sendiri. Jadi, usahlah memandai-mandai memberikan pandangan terhadap kerjaya orang lain tanpa berada di situasi mereka. Jangan gemar mengkritik orang lain, tetapi tanpa menyedari diri sendiri tidaklah sebagus mana. Jangan hanya pandai bercakap, tetapi merasainya amat jauh sekali.

Kerjaya sebagai seorang guru bukan mudah seperti yang difikirkan. Seseorang guru itu memerlukan pengorbanan yang tinggi dari segi masa mahupun kewangan, apatah lagi jika guru yang sudah bekeluarga. Hormatilah guru walaupun anda tidak lagi berada di bangku sekolah. Sekali anda menghina mereka, tak berkatlah ilmu yang anda perolehi dari mereka selama ini. - The Reporter