Setiap Kali Keluar Rumah, Amalkan Beri Sedekah Dengan Niat Ini


Oleh Ustaz Khailil Razak

Beritahu semua bapa untuk buat amalan ini. Setiap kali keluar rumah, tolong bagi sedekah pada masjid atau madrasah atau mana-mana tempat pun secara sembunyi. 

Masa sedekahkan duit dalam tabung, RM1 ke, RM10 ke, masa itu niat dalam hati,

"Ya Allah, pecahkanlah bathil-bathil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku dan dalam diri anak aku. Ya Allah, pecahkanlah bathil-bathil yang ada di keliling aku, keliling isteri aku dan keliling anak aku," 

Sebab apa? Sebab begitu banyak kejahatan yang ada yang kita susah nak kawal pada zaman ini. Hanya Allah yang boleh membantu. Sebab apa masa sedekah, sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut, masa itu dapat memadamkan kemurkaan Allah. Masa itu kita niat, inshaAllah niat kita dimakbulkan.

Sebelum ini saya tak pernah terfikir. Tetapi bila Ustaz Jamal maklumkan, baur saya terfikir. Begitu banyak kejahatan yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Anak-anak dengan terdedah dengan laman sosial yang tak elok. Suami pula terdedah dengan perkara-perkara yang menjadi sebab maksiat. Isteri hari ini berapa ramai yang dikelilingi kebathilan. Bermesra dengan suami orang, bergelak ketawa di pejabat. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang. Perkara-perkara seperti ini semua kita tak boleh nak kawal atau susah nak kawal. Hanya dengan amalan sahaja minta Allah pecahkan. Ya Allah, ampunilah dosa kami. 

Ustaz Jamal beritahu lagi, 

"Amalan ibu pula, setiap lepas solat fardhu, doa benda yang sama sebab doa ibu ini sangat makbul dan doa pula selepas solat fardhu. Hadith nabi sebut doa sangat makbul selepas solat fardhu.

"Jangan lupa hidupkan bacaan hadith dalam rumah sebab bacaan hadith ada nur. Akan masuk dalam hati anak-anak. Anak-anak dan kita sendiri sebagai ibu bapa yang tidak mendengar hadith tiga hari berturut-turut, satu titik hitam melekat di hati. 

"Bayangkan, berapa tahun lamanya anak-anak kita tak dengar bacaan-bacaan hadith nabi dalam rumah kita? Besarnya dosa kita. Sebab itu hati kita gelap, gelap dengan nur cahaya quran dan hadith. InshaAllah ibu bapa yang jaga sungguh-sungguh bacaan hadith di rumah, anak akan menjadi taat dan lembut hati, mudah taat perintah Allah dan mak ayah." katanya. 

"Boleh ustaz cadangkan baca kita apa yang kami orang awam ini?" soal saya. 

"Kitab muntakhab ahadith karangan malauna Yusuf Al Kandahlawi, warna hitam cetakan baru. Baca setiap hari 5-10 minit dan setiap hadith ulang tiga kali agar benar-benar meresap dalam hati. Tak perlu ulas-ulas, baca sahaja," jawab Ustaz. 

Ya Allah, saya rasa nasihat in isangat penting dan berguna untuk saya dan isteri serta semua orang. Selepas makan, saya terus mengambil buku nota dan terus menyalin apa yang Ustaz Jamal beritahu saya. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah-sekolah, saya tidak pernah lupa untuk memberitahu perkara ini kepada ibu bapa. 

Ya Allah, jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri/suami daripada maksiat dan dosa. Kamu tidak mampu ya Allah. Kami lemah dan daif. Ampunilah kami. Amin. - The Reporter