(5 Foto) Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Semak Belakang Rumah


IPOH - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Perpaduan, jam 12.30 pagi tadi, lapor Berita Harian

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh sepasang suami isteri selepas terdengar bunyi tangisan bayi dari arah dapur rumah mereka.

Bayi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan tubuhnya masih berdarah dan ditinggalkan di kawasan semak lorong belakang rumah pasangan berkenaan.

Berikutan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu, pasangan berkenaan membawa bayi itu ke Balai Polis Tambun sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan. 

Bayi dibersihkan pasangan yang menemuinya dalam semak di belakang rumah mereka.

Pasangan berkenaan membuat laporan di balai susulan penemuan yang tidak dijangkakan itu.

Bayi dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chan Keong mengesahkan penemuan bayi berkenaan. Malah, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberikan maklumat dengan menghubungi pihak polis. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - The Reporter


Sumber : Citeheboh