Kanak-Kanak Dipenggal, Dijadikan Korban Oleh Bomoh Untuk Upacara Cari Telefon Hilang
Satu kejadian mengerikan berlaku di negara India.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ditemui kepala dipancung dan tangan dipotong dipercayai dijadikan korban oleh empat individu untuk ‘memujuk dewa’ hanya kerana mencari telefon yang hilang.
Difahamkan, telefon bimbit itu adalah kepunyaan anak perempuan salah seorang dari empat individu tersebut.
Insiden mengejutkan itu berlaku di kampung Ratanpur, daerah Charaideo di timur Assam.
Pengorbanan itu didakwa dijalankan oleh seorang lelaki yang dikatakan bomoh.
Polis telah menahan dua dari empat suspek kejadian ini. dia lagi masih diburu.
Kejadian terbongkar apabila mayat mangsa, Sunu Godba yang hilang sejak 24 Okt lalu ditemui di kawasan perkampungan itu.
Selain mayat kanak-kanak itu, turut ditemui barang-barang pemujaan di rumah suspek.
Polis mengesahkan seorang bomoh ada mengujungi rumah terbabit untuk melakukan pemujaan terbabit.
Ini kenyataan polis:
“Kami dimaklumkan bahawa seorang bomoh telah datang ke kampung itu untuk mendapatkan kembali telefon yang sudah hilang. Namun apabila kami terima laporan dari keluarga kanak-kanak perempuan itu tentang kehilangannya, bomoh itu sudah pergi.
“Kini, kami sedang mencarinya dan suspek seorang lagi. Kami akan menahan mereka tidak lama lagi”
Mayat kanak-kanak itu sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -PENMERAHDOTCOM
The post Kanak-Kanak Dipenggal, Dijadikan Korban Oleh Bomoh Untuk Upacara Cari Telefon Hilang appeared first on PenMerah.com.
Sumber : Penmerah