Naib Juara Pencetus Ummah Didakwa Cederakan Wanita

Naib Juara Pencetus Ummah Didakwa Cederakan Wanita

pu

Bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, PU Faiz menjadi topik hangat pada hari ini.

PU Faiz telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seorang penceramah wanita, dua bulan lalu.

Ahmad Faiz mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi atas sebab kemarahan.

Penceramah bebas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sekolah Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, Kota Damansara, dalam pukul 2.30 petang, 29 September lalu.

PU Faiz didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semua kes.-PENMERAHDOTCOM

The post Naib Juara Pencetus Ummah Didakwa Cederakan Wanita appeared first on PenMerah.com.



Sumber : Penmerah