Mak Aku Keguguran. Panggil Nenek Tukang Urut. Apa Yg Ditinggalkan Buat Kami SENGSARA !!!

Mak Aku Keguguran. Panggil Nenek Tukang Urut. Apa Yg Ditinggalkan Buat Kami SENGSARA !!! | Nama aku Khuzairi. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memilih tukang urut. Kalau dah terkena, lebih baik kita lebih berhati-hati. Macam saya, dekat dua kali kena walaupun bukan saya yang berurut. Tapi sebab anda yang berurut dengan orang yang salah, orang lain yang ‘innocent’ ini turut terkena tempias.

Pertama kena itu, tak tahu sangat yang rupanya ada juga tukang urut pakai ilmu bukan-bukan ini. Masa itu kecil lagi. Naif sangat. Semua orang baik la. Yang jahat itu yang polis cari saja. LOL. Bila ayah aku tanya mana dia dapat ilmu mengurut ini, nenek(tukang urut) itu jawab dari mak dia. Tak belajar tapi turun sendiri. Aku pun pelik. Walaupun aku kecil masa itu, tapi pelik juga tak belajar boleh jadi pandai mengurut. Habis, mak ayah aku pandai, kenapa aku kena belajar pula untuk jadi pandai? Tapi, kami buat tak tahu saja. Waktu sampai di kawasan perumahan, nenek itu tegur, kawasan perumahan itu ‘kotor’ sangat. Maksudnya, kotor dari yang nampak dengan tak nampak( tinggal rumah flat masa itu). Memang seriau juga dengar sebab nenek itu bunyi dia lain macam. Masa mengurut ibu aku, dia urut dalam bilik aku sebab ibu aku tak bagi masuk bilik dia. Memang bilik suami isteri orang luar tak boleh masuk.

Nak dipendekkan cerita, setelah tiga hari berurut (mak aku gugur, jadi tiga harilah berurut), mulalah kelihatan simptom-simptomnya. Macam penyakit pula. Mula-mula, mak aku macam dah tak sihat demam. Aku sebagai anak sulung lelaki (tak ada adik-beradik perempuan. Kalau tak gugur, mungkin ada rezeki) yang rapat dengan mak aku ini, jatuh simpati jugalah. Tolong urut mak aku. Adik lelaki aku pula jenis malas nak kerah tenaga urut melainkan kalau ada upah. Jadi, aku yang baik ini pun tolonglah urut mak aku. (Baik kan saya. Lelaki yang baik masih wujud tau.)

Tak lama itu, aku kena demam pula. Sejuk badan jadi macam tinggal di kutub utara. Badan rasa lemah sangat. Akhirnya, aku pun terbaring macam mak aku. Tapi aku lebih teruk kena. Mak aku cuma lemah badan, tapi boleh bergerak lagi. Cuma tak kuatlah langkah dia. Setakat nak bangun duduk itu, boleh lagi.

Aku? Langsung terbaring kaku. Ya Allah, masa itu aku rasa kaki aku ini kena paku dekat lantai. Sampai satu masa, aku nakk solat Isyak, nakk menunggu azan berkumandang, aku menangis sebab tak tahan. Tapi, dalaam kesakitan aku solat juga. Walaupun kalau boleh, aku nak mencarut saja. Tapi, banyakkan beristighfar saja masa itu. Kemudian, selepas berubat, rupanya punca dia diketahui. Ada benda ikut nenek tukang urut itu. Benda itu kena dekat keluarga aku. Rasa marah jugalah. Tapi, nak diapakan lagi. Redha sajalah.

Yang kali kedua, cuma terkena dekat mak aku saja. Ini waktu aku dah besar. Masa mak aku kata nak berurut, aku mula jadi tak tentu arah. Bermasam muka juga aku dengan mak aku. Tapi fikir mak aku memang letih sangat dan perlukan urutan, aku reda sajalah. Cuma mampu berdoa semuanya berjalan lancar. Walaupun hati ini rasa sakit yang amat. Mak aku kenal tukang urut yang ini dari group FB. Group kawasan tempat tinggal. Macam group Warga Kuala Lumpur, Warga Banting, Warga sekian-sekian. Orang bagi review yang baik punya. Kata pandai urut. Siapa bagi review itu, aku tak tahu pula. Kalau aku jumpa, memang aku tanya betul-betullah. Tak ada rezeki sebab ada juga niat aku terselit nak maki sikit. Beristighfar lagi kita.

Bila dia datang, tukang urut itu dah bawa perasaan yang lain untuk aku. Mak aku buat rilek saja sebab dia pun tak fikir apa selain nak berurut. Kali ini, tukang urut itu mengurut di ruang tamu. Jadi, yang lain dipersilakan masuk ke bilik ya. Lepas habis mengurut, aku keluarlah dari bilik. Guess what? Tukang urut itu yang mualnya bertudung, terus buka tudung walaupun aku yang lelaki ini dah keluar. (Mak aku panggil keluar, suruh ambil duit nak bayar). Tukang urut itu selamba saja tayang rambut itu. Kalau muka lawa macam Nora Danish atau Song Ji Hyo, mahulah aku pandang. Ini dah berusia. Buat apa? Hehehe.

Lepas itu, mak aku terlepas cakap yang dia ada sakit sesuatu. Dan masa itu, aku mula naik marah. Tukang urut itu kata dia akan datang keesokannya untuk ubatkan mak aku, walaupun mak aku tak minta pun. Biasalah, mak aku memang ramah. Suka cerita. Terpengaruh dengan jiran yang suka bergosip la ni. Tapi, tukang urut itu minta kelapa apa entah. Aku lupa. Air mineral dan beberapa bahan lain.

Macam limau nipis itu, aku tak syak sangat. Sebab ada ustaz sebelum ini ubatkan ibu aku guna limau untuk waktu mandi. Tapi mandi sendirilah. Bukan ustaz itu yang mandikan. Mungkin salah satunya nak lancarkan peredaran darah lepas dah letih kena benda yang tak patut. Tapi bila bab kelapa itu, aku mula curiga. Tak pernah lagi orang yang nak mengubat, guna kelapa. Malam itu juga mak aku pergi pasar borong cari kelapa. Aku yang tak sedap hati, mulalah cari di internet, apa kaitan buah kelapa dengan perubatan Islam. Tapi tak jumpa. Biasalah, man banyak blog nak tulis benda macam itu. Tulis pasal gosip artis banyaklah. Aku pun tabah menempuh hari esoknya. Buat tak tahulah.

Esoknya, tukang urut itu datang. Aku duduk dalam bilik sebab tak nak masuk campur. Antara sebab yang lain, aku tak senang nak duduk di situ. Maka, aku pun duduk di bilik dengan adik lelaki aku.

Lepas habis semua, dia tinggalkan dua botol air untuk suruh mak aku minum. Aku pun dah lupa dia buat apa dengan kelapa itu. Maaflah ya, tapi memang aku lupa.

Beberapa hari kemudian, menjelanglah bulan Ramadan yang ditunggu oleh kita sebagai umat islam. Bulan paling mulia. Korang mesti ingat bulan Ramadan ini semua syaitan kena ikat kan? Maknanya tak adalah bunyi guli atas rumah korang lagi. Kes sihir pun tak jalanlah sebab syaitan kan kena ikat. Tak. Korang salah. Yang kena ikat itu syaitan. Jin?

Maka bermulalah episod duka di awal ramadan. Kesian mak aku sebab tak dapat ikut puasa sebab badan dia jadi lemah amat. Panas, rasa nak mual, tubuh pun makin sakit. Ada tanda lebam. Ayah aku terus panggilkan ustaz yang selalu berubat dengan kami sekeluarga yang dah serasi la kut. Lepas selesai semua, ustaz itu tanya, apa yang dah jadi. Mak aku cakap dari A sampai Z. Ustaz itu angguk faham. Ustaz itu bukannya tahu apa yang berlaku kalau tak cerita. Jadi, dia simpulkan yang mak aku patut berhati-hati lain kali. Air yang tuakng urut itu, ustaz ganti dengan air dia. Air dia tak berjampi ya. Aku sendiri dengan dia baca ayat al-quran. Jelas pula itu. Wallahualam la kalau dia tipu. Tapi, rasanya tak kut. Ustaz surau itu.

Lepas kejadian itu, kami sekeluarga mula menjadi lebih berhati-hati. Bila dah kena kali kedua, takkan tak serik lagi. Jadi, aku nasihatkan pada korang, kalau ada ahli keluarga korang nak berurut ke apa, baik korang masuk campur tanya siapa tukang urut itu, selidik serba sikit tentang siapa tukang urut itu, sebab korang ini bukannya jenis fikir jauh sangat. Fikir diri sendiri saja. Hentam orang pandailah nak guna otak. Jadi, sebelum buat apa-apa keputusan, kadang-kala ada sesetengahnya kita perlu fikirkan orang sekeliling. Bukan semua keputusan kita kena pentingkan diri sendiri.

Sekian, terima kasih dan sila tinggalkan komen yang murni. Peace no ‘hentam’ -Anak yang Trauma- Khuzairi via IIUM.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Mak Aku Keguguran. Panggil Nenek Tukang Urut. Apa Yg Ditinggalkan Buat Kami SENGSARA !!! appeared first on JOM MELANCONG.



Sumber : 1Citemalaya>