Lelaki Ini Belanja Ibu Yg Tak Cukup Duit Beli Nasi, Apa Yg Terjadi Lepas Itu Buat Lelaki Ini SAYU !!!

Lelaki Ini Belanja Ibu Yg Tak Cukup Duit Beli Nasi, Apa Yg Terjadi Lepas Itu Buat Lelaki Ini SAYU !!! | Erti bersyukur. Nak kongsi satu cerita, kisah ketika masih HO di Hospital Melaka. Sempat curi masa untuk ke kantin hospital, semasa ingin bayar di kaunter akak yang beratur depan saya pun ingin bayar.
 
Tengok akak tu ambil untuk bungkus, dua bungkus nasi ada kuah dan telur masin setengah biji setiap satu. Masa akak tu nak bayar, macam terkorek-korek dompet nak cari duit syiling.
Saya tanya: “Akak takde duit kecil ke…”
Akak tu jawab:
“Eh sorry doktor… tak tahu pula bekas makan ni kena charge..tak cukup duit pula…”
Akak tu cakap dengan cashier:
“Dik… saya letak balik telur masin ni…”
Saya tahan akak tu…
“Takpe kak… saya bayar baki tu…”
“Akak makan ayam kan? Saya bayar sekali dengan dua ketul ayam goreng… akak gi tambah ayam…”
Entah macam mana hari tu tersemangat pula nak belanja orang.
Akak tu terus tersenyum gembira.
“Terima kasih doktor… dekat wad tolong orang… dekat kantin pon tolong orang…”
“Takpe la kak… rezeki akak.”
Selepas membuat pembayaran saya terus bergerak ke wad, ternampak akak tadi bawa bungkusan nasi tadi ke suatu pondok rehat di kawasan hospital.
Terdengar jeritan budak-budak..
“Yeay ade nasi!!!”
Ada empat anak anak menyambut akak tadi di pondok… dan ada seorang mak cik yang agak berumur duduk sekali. Langkah saya terhenti, dua bungkus nasi je?… Hati saya menjadi sangat sayu…
Saya kembali ke kantin beli empat bungkus nasi ayam dan berikan kepada akak tersebut. Riuh rendah pondok tersebut. Seronok melihat anak anak akak tersebut makan.
Akak tu menyatakan dia datang melawat suaminya yang sedang dirawat kerana eksiden motor dan ibu mertuanya datang sekali kerana teringin benar nak tengok anaknya di hospital. Saya tanya bagaimana datang ke hospital, akak tu jawab ada jiran hantar.
Saya tanya lagi, nanti akak nak balik macam mana?.. Tunggu jiran dia ambil lepas jiranya habis kerja. Kelihatan mak mertuanya yang sudah berumur. Saya berikan sedikit duit untuk akak tadi untuk pulang naik teksi. Jenuh akak tadi berkeras tidak mahu ambil, tapi saya paksa juga..
Saya pulang ke wad dengan perasaan bercampur baur…Gembira kerana dapat menolong… tapi sedih mengenang nasib akak tadi… Masih ramai rakyat Malaysia yang hidup begitu…
Pengajaran yang saya ingin kongsikan:
1) Prihatin pada orang sekeliling.
2) Cubalah membantu apa yang termampu.
3) Sentiasa bersyukur. Lihat apa yang ada, bukan apa yang masih tiada.
4) Bekerja bersungguh sungguh untuk memajukan negara supaya boleh membantu semua orang.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Lelaki Ini Belanja Ibu Yg Tak Cukup Duit Beli Nasi, Apa Yg Terjadi Lepas Itu Buat Lelaki Ini SAYU !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini