Penyangkut baju atau hanger ini memang bagus, menyenangkan kerja kita. Tetapi hanger hanya menyenangkan buat kita, bukan untuk anak atau bayi kita. Seelok-eloknya sorokkanlah hanger dari anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa. Kalau anak terjumpa hanger semasa sedang bermain di rumah, tolong ambil hanger itu biarpun terpaksa merampas dan membuatkan dia menangis. Jangan pula kita yang menangis di kemudian hari.
Memang kita tidak dapat menjangkakan hanger itu boleh menjadi benda berbahaya pada anak-anak kita. Tetapi kita tahu kan, sekarang macam-macam perkara buruk yang boleh berlaku. Nak tahu sebab apa saya kata hanger ini berbahaya untuk bayi?
Tragedi bermula sewaktu saya sedang berborak dengan ibu saya, yakni nenek Iris. Iris seperti biasa bermain-main di sebelah saya dan sebelu mitu saya sudah periksa, memang tiada benda-benda kecil yang senang ditelan atau apa-apa yang berbahaya di tempatnya bermain. Yang ada hanyalah hanger sahaja. Jadi saya pun biarkan Iris bermain-main sebab saya memang tidak terfikir langsung hanger itu boleh memudaratkan Iris. Jadi saya pun sambung berborak dengan ibu.
Tiba-tiba saya terdengar anak saya terbatuk-batuk macam nak muntah. Bila saya toleh pada Iris, Ya Allah! Dugaan apakah ini?! Saya ternampak cangkuk hanger itu sudah termasuk dalam tekak Iris. Iris hanya ternganga tak mampu menangis dan bibirnya berubah menjadi kebiruan.
Untuk pengetahuan, ayah Iris tiada di rumah pada masa itu. Kalau dia ada, mesti tak berlaku kejadian ini.
Kemudian saya dongakkan kepala Iris dan tarik cangkuk hanger itu dengan berhati-hati supaya tekak Iris tidak cedera. Alhamdulillah cangkuk itu dapat dikeluarkan dengna mudah walaupun nampak sangat susah untuk dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, Iris menangis sekuat-kuat hatinya mungkin kerana terkejut dan sukar bernafas sebelum itu.
Saya terus periksa keadaan tekak dia, bimbang berlaku pendarahan atau lebih teruk. Alhamdulillah tekak dia tiada apa-apa. Saya memang nak bawa pergi ke hospital tetapi beberapa minit selepas itu, Iris kembali lincah seperti biasa dan melasak semula seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jadi saya pun batalkan niat nak pergi ke hospital.
Nasib baik saya cepat perasan dan cepat bertindak. Kalau tidak, Allah. Tak dapat saya nak bayangkan. Saya jadikan kes itu sebagai satu pengajaran. Tidak semua benda yang nampak tidak berbahaya itu boleh diberi pada anak untuk main. Tetapi dalam kes ini, saya bukan saja-saja nak beri Iris bermain hanger. Tidak! Dia terjumpa hanger itu sendiri saya saya pun malas nak merampas hanger itu kerana tahu perangai Iris. Kalau kita tidak beri dia main sesuatu yang dia mahukan, dia akan tantrum.
Jadi bagi saya, selagi benda itu tidak memudaratkan atau mudah ditelan, saya akan biarkan dia main. Allah nak tunjukkan yang saya perlu lebih berhati-hati dan lebih mengambil berat tentang Iris. Tetapi saya masih tidak boleh menerima bagaimana Iris boleh tertelan cangkuk hanger itu. Bila difikirkan semula, Iris pun memang banyak akal. Jadi tidak hairanlah perkara itu boleh berlaku.
Tak apalah, benda dah nak berlaku dan sudah berlaku pun. Iris Alhamdulillah sihat walafiat sehingga sekarang. Jadikanlah sebagai pengajaran. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan teladan.
Tak apalah, benda dah nak berlaku dan sudah berlaku pun. Iris Alhamdulillah sihat walafiat sehingga sekarang. Jadikanlah sebagai pengajaran. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan teladan.