'Hubungan kami putus' - Emma Maembong Dedah Perangai Kamal Adli, Zahirah
Akhirnya perkara melibatkan masalah perhubungan antara Emma Maembong dan Kamal Adli semakin jelas apabila Emma Maembong membuat pengakuan eksklusif.
Emma Maembong telah mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli telahpun berakhir.
Pelakon jelita ini juga menerangkanapa sebenarnya yang berlaku ke atas hubungannya dengan Kamal Adli.
Emma Maembong juga tidak menolak dakwaan pelakon Zahirah Macwilson menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Kamal.
Ini penerangan Emma Maembong:
"Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus."
"Untuk berkawan saya tak kisah, tapi untuk bercinta memang tak kot"
"Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.
"Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, 'chemistry' yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.
"Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,"
"Habis berlakon habis, tapi bila habis shooting dorang masih contact, tengok movie sama sama, pergi karaoke, keluar diam diam dan saya tak tahu.
"Bila tanya ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku, kenapa dirahsiakan. Bila kantoi baru nak minta maaf"
Emma Maembong ternyata kecewa apabila kepercayaan yang diberi dimusnahkan begitu saja.
Emma mendakwa, dia tidak menuduh tanpa bukti, malah tiada batu api seperti yang didakwa oleh Kamal Adli.
Sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal Adli dan Zahirah Macwilson menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.
Ini komen Emma Maembong lagi:
"Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.
"Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,"
Itulah komen Emma Maembong yang memberitahu hubungannya dengan Kamal Adli telahpun berakhir.