Difahamkan, golongan pelajar IPT yang tidak bertanggungjawab memberikan 'rating' yang rendah hanya kerana pemandu Grab/Uber yang memberi perkhidmatan kepada mereka menggunakan kereta nasional.
Viral hari ini di media sosial kenyataan bongkak seorang pelajar IPT bernama Aziz Zainal yang membidas segala aduan pemandu Grab/Uber berkenaan. Difahamkan, kenyataan Aziz Zainal itu dimuat naik di laman Facebook Confession IPT berkenaan.
"Insan yang menulis ini adalah driver atau student? Kami book kereta banyak-banyak sebab kami nak cepat. Yang mana sampai dulu, kami naiklah. Yang datang kemudian, bye-bye. Siapa suruh lambat? Lain kali park la di depan pintu USM supaya cepat sampai.
"Sebagai pengguna yang membayar service Grab, kami layak untuk naik kereta baru yang elok-elok. Kalau naik kereta Honda atau Toyota, memang layaklah dapat lima bintang.
"Setakat kereta Malaysia, takkan nak bagi lima bintang juga? Logiklah sikit. Kereta buatan Malaysia baru berharga RM30,000 - RM40,000, elok sangatlah dapat dua ke tiga bintang saja.
"Kenapa nak salahkan kami? Sedangkan kami yang bagi syarikat Grab keuntungan. Salahkan driver yang tak mahu membeli kereta import.
"Semasa kami study di United States, tiap-tiap hari kami naik Uber, tapi tak pernah pun dapat kereta Malaysia. Kami dah biasa sangat naik Lexus, Mercedes dan BMW. That's why la kalau naik kereta Malaysia untuk Uber atau Grab, kami rasa sakit punggung terhentak-hentak.
"Kami student yang suatu masa nanti akan menjadi para pentadbir. Sekarang ini korang seronoklah mengecam kami. Nanti anak-anak korang akan bekerja di bawah kami," katanya angkuh.
Sementara itu, reaksi netizen di media sosial rata-rata mengecam Aziz Zainal yang dianggap sombong, bongkak dan lupa diri.
"Baru belajar di Universiti, bercakap dah mendongak ke langit. Hanat! Sedarlah diri itu, belajar pun menggunakan duit pinjaman. Duit poket pun mak bapak yang bagi. Tak payah nak sombong sangat pandang orang lain sebelah mata. Setakat duduk universiti, sembang pandai boleh pergi jahanam," kata Gohed Gostan.
"Dik, sijil diploma, ijazah, master atau PhD kalau kau ada sekali pun tetapi perangai tak elok tak ada gunanya juga. Sekarang orang tak tengok sijil kau, diorang tengok juga aktiviti kau di luar kelas, kemahiran kau macam mana.
"Perangai tak elok, tak dapat kerja. Takkan jadi pentadbir. Satu lagi, setiap apa yang kau tulis di media sosial ini, akan kekal selama-lamanya. Aku harap satu hari nanti bakal majikan kau baca," kata Syafiq Pak Abu.
"Bongkaknya kau dik. Kalau kau nak rasa best, belilah kereta sendiri. Mampu ke tak mampu? Betullah orang kata, orang belajar tinggi-tinggi ini ada terselitnya kebangangannya itu. Dia pandai bidang dia belajar itu sahaja. Di luar dari itu, dia menjadi bangang," kata Intan Sueraya.
Semakan di Facebook juga mendapati, akaun Facebook Aziz Zainal juga tidak ditemui, dipercayai telah dibuang selepas menerima kecaman hebat dari netizen. Kenyataan itu juga telah dibuang dari ruangan komen status Facebook berkenaan.
Itulah orang kata, bila memuat naik komen di media sosial biarlah berpada-pada dan tidak menyakitkan hati orang. Hormat dan hargailah pekerjaan orang sebagaimana kita mahu orang lain menghormati kita.