'Lantik orang sakit kronik untuk makan gaji dan elaun duit rakyat?' - Papagomo


"Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri? Nak berkhidmat atau makan gaji dan elaun duit rakyat?" demikian kata Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang mengulas mengenai Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam. 

Papagomo juga membidas kerajaan melantik 'orang sakit' menganggotai jemaah menteri dan katanya orang sakit seperti itu tidak layak diberikan jawatan. 

"Semua tahu Hanipa Maidin ni tak sihat dan sakit stroke, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan lain-lain yang kronik. Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri?" soalnya memetik laporan dari MalaysiaKini

Jelas Papagomo, dia bukan berniat menghina Hanipa tetapi kerajaan hari ini sepatutnya serius dalam menunaikan janjinya iaitu berkhidmat untuk rakyat. 

"Kalau dah orang sakit dilantik timbalan menteri dan asyik cuti sakit, macam mana nak bekerja? Ramai lagi anggota parlimen Pakatan Harapan boleh dilantik menjadi timbalan menteri menggantikan Hanipa.

"Jika dikira gaji dan elaun timbalan menteri jumlahnya mencecah RM50 ribu sebulan. Apakah ini yang hendak diberikan kepada Hanipa yang tak layak menjalankan tugas?.

“Jangan kerana tamak kuasa dan fikir tembolok nak makan gaji menteri dan elaun yang cecah RM50 ribu sebulan sampai sanggup letak orang sakit. Ni semua pembaziran yang sepatutnya tak berlaku dalam kerajaan HARAPAN yang hari ini kata kerajaan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hanipa yang dirawat di Hospital Putrajaya berkata, beliau berasa bosan dan ingin kembali bertugas. Namun hasratnya itu terbantut apabila doktor tidak mengizinkan dia berbuat demikian. 

"Saya okey. Alhamdulillah. Tapi boring gila di hospital. Saya minta kebenaran doktor untuk kembali ke pejabat tapi tak dapat. Lesu rasanya. Apa-apapun, terima kasih atas doa anda semua. Hidup Pakatan Harapan." katanya. 

Hanipa dilaporkan pengsan ketika perhimpunan bulanan di JPM semalam kerana letih dan tidak mendapat rehat yang secukupnya. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar kenyataan Papagomo yang dianggap 'sakit otak kronik' dan sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej UMNO. 

Astaghfirullah. Alangkah bagusnya jika orang Islam tunjukkan pekerti yang mulia. Jika mendengar berita orang sakit, kita doakan moga dia diberi kesembuhan. Tak kiralah dia kawan atau lawan. Amalkanlah apa yang diajar oleh agama," kata Zuraidah Zulkeflee.

"Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri? Tak apa lagi kalau timbalan menteri itu ada sakit kronik. Lagipun hidup mati Allah yang tentukan. Daripada melantik orang macam kau Gomo, yang ada 'sakit otak kronik'?? Badan saja sihat tetapi otak kronik punya sakit duduk dalam.

"Nasib baik YB Hanipa pengsan, kalau tak hari ini tak ada modal kau nak bercakap. Jadi bersyukurlah Allah bagi dia sakit sekejap untuk rakyat tahu apa yang ada dalam 'otak sakit kronik' kau tu Papagomo," kata Zainudin Yusop.