'Setiap malam anak makcik akan kena 4-5 kali baru dia puas' - Anak menderita disihir saudara


Apabila kita mula hidup dalam kesenangan, sudah pasti ada mata-mata yang memandang. Jika kesenangan tersebut dicemburui dengan kata-kata, ia tidak akan membawa kepada kemudaratan. Tetapi, jika cemburu tersebut disulami dengan perbuatan khianat atau khurafat, maka perbuatan ini bukan sahaja meruntuhkan silaturahim, malahan boleh membawa kepada kematian.

Bebenang di Twitter eyahnordin menceritakan kisah benar yang diceritakan oleh Makcik Som kepadanya. Kisah seorang saudara yang cemburukan kejayaan anak-anak Makcik Som sehingga menghantar makhluk yang berupa orang hutan jantan untuk menakluki tubuh anak perempuannya. 

ANAK makcik Som sakit berminggu. Makcik Som mula-mula ingatkan anak dia sakit biasa, tetapi Makcik Som perasan anak dia mula sakit selepas anak dia tolong kawannya terkena histeria di sekolah. Setelah seminggu anak Makcik Som sakit, setiap malam anaknya akan teriak menangis. 

Makcik Som tanyakan pada anaknya, “sakit dekat mana?” Anak dia bagitahu kat bahagian kemaluan dia. Bila Makcik Som periksa,kemaluan anaknya seperti orang yang baru lepas bersalin, berdarah dan bengkak. Jadi mula dari situ, makcik ni bawa anak dia berubat ke serata tempat. Tambah menyedihkan,waktu tu Makcik Som baru sahaja kehilangan suami. Makcik Som cakap, setiap hari dia berdoa agar anaknya sembuh.

Makcik Som bagitahu dan banyak tempat dia berubat, tapi anaknya tidak sembuh juga. Dengan izin Allah, Allah temukan jalan. Anak lelaki Makcik Som telah bertemu jodoh dnegan orang Sarawak. Jadi, satu hari tu Makcik Som bawa anak dia yang sakit ke Sarawak.

Pada malam hari pertama di Sarawak, seperti biasa, setiap malam anak dia akan menangis sehinggakan tidak keluar suara. Jadi benda yang sama berlaku ketika di Sarawak. Kebetulan ketika di rumah flat anak lelakinya tu, ada seorang ustaz dari Kelantan datang mengetuk pintu rumah dan bertanyakan tentang anak perempuan Makcik Som. Makcik Som memberitahu hal sebenar yang terjadi kepada anaknya pada setiap malam.

Pada keesokkan harinya, ustaz itu menolong keluarga Makcik Som ini berjumpa dengan kawannya di Kelantan. Makcik Som bagitahu, demi anak dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun harga tiket flight mahal.

Semasa anak dia dirawat, perawat tersebut mengambil sebiji telur lalu pecahkan di atas pinggan putih. Putih telur tu bertukar seperti putih kertas. Perawat tersebut pecahkan kuning telur dan kuning telur tu berubah menjadi muka seseorang yang dipercayai orang yang menghantar benda tersebut pada anak perempuan Makcik Som. Orang yang lakukan benda itu adalah saudara Makcik Som sendiri.

Perawat tersebut memberitahu anak Makcik Som sudah diperisterikan oleh iblis yang berbentuk orang hutan jantan. Binatang itu besar. Setiap malam anak Makcik Som akan kena empat hingga lima kali baru binatang itu akan puas. Bayangkan derita yang ditanggung budak perempuan belasan tahun.

Perawat itu berpesan agar merahsiakan orang yang melakukan perkara ini. Satu hari dia sendiri akan tonjolkan dirinya.

Walaupun dah pergu berubat, beberapa minggu kemudian anaknya semakin teruk. Anaknya ditahan di Hospital Mahkota di Sarawak. Selepas beberapa minggu, doktor suruh bawa balik anaknya kerana anaknya sudah tidak mampu bertahan lagi. Makcik Som bawa balik anaknya ke Johor dan anaknya meninggal dunia pada keesokan harinya.

Semasa pengkebumian anaknya, Makcik Som perasan orang yang buat tu tak datang. Selepas tiga hari, orang tu datang rumah Makcik Som dan cakap ‘dah puas hati.’ Makcik Som cakap la “syukur, anak aku dah berehat dekat sana dan tak menderita lagi.” 

Orang tu terus cakap “Jangan sesiapa berani dengan aku lagi.”

Makcik Som bagitahu orang tu cemburu kerana anak-anak Makcik Som semuanya berjaya dan orang kampung sudah ramai yang terkena dengan perbuatan syirik dia.

Sedih aku tengok Makcik Som sebab itu anak perempuan tunggal dia dan dia baru kematian suami. Setelah anak perempuan dia meninggal, anak lelaki bergilir-gilir jaga Makcik Som. Makcik Som pun pergi berubat sebab dia menjadi  seperti tidak waras. Setelah 20 tahun menjanda, Makcik Som ditemukan jodoh. Kat sini la, Makcik Som mula bantu ubatkan orang dan mengurut.

Moral of the story, setiap orang yang baik tak semestinya baik dan setiap orang jahat boleh berubah menjadi baik. Yang penting jauhi benda syirik sebab Makcik Som kata benda-benda syirik ni akan makan tuannya sendiri.

Sumber: Eyah Nordin