'Boleh tolong belikan beras dengan budu? Dari semalam tak makan nasi lagi' - Netizen sebak melihat kedaifan warga emas ini


Sebak melihat keadaan rumah wanita yang sudah dimamah usia ini. Dalam usia seperti itu, dia masih perlu bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupannya dengan menjual asam keping di pasar. 

Menurut sumber, Che Munah Che Man berasal dari Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kelantan. berniaga asam keping di Pasar Siti Khadijah pada waktu pagi. 

Dalam perkongsian Zamri Ismail di Facebooknya berkata, dia bersimpati melihat keadaan makcik itu lalu bertanya mengenai keadaannya dan terkejut apabila mendapati warga emas itu menahan lapar sejak dari semalam. 


"Kisah ke pasar pagi tadi. Nampak seorang makcik ini duk jual asam keping. Padahal di rumah ada banyak je asam keping. Tapi disebabkan kesian, beli la. 

"Tanyalah dia dah makan ke belum. Katanya belum lagi. Lama dia termenung. Tiba-tiba dia pegang tangan dan cakap,

"Boleh ke tolong belikan beras dengan budu? Sebab dari semalam tak makan nasi lagi." 

"Selepas itu, hulurlah sikit duit beli beras. Tapi masih tak puas hati, nak juga tahu makcik ini tinggal di mana. Paksalah dia tunjuk rumah di mana, jauh jugalah rumah dia nak ke pasar besar. Lebih kurang 40 minit naik bas.

"Rupanya memang betul tak ada makanan dan serba daif keadaan rumah dia. Bekalan air minum pun tak ada. Hanya tumpang di rumah jiran. 









"Kalau ada sesiapa yang pernah tengok makcik ini di pasar duk jual asam keping itu, bolehlah sedekah sikit seorang," tulisnya. 

Ramai netizen yang prihatin tampil memberi sumbangan kepada Che Munah dan berharap pihak-pihak berwajib yang lain turut tampil membantu warga emas berkenaan.