'Bangsa paling xde nilai, kasta paling bawah' - Hina Kaum Orang Asli, netizen buat laporan polis


Media sosial sepatutnya dimanfaatkan, bukannya disalahgunakan. Seringkali diingatkan kepada orang ramai akan kesan dari penyalahgunaan media sosial, namun masih ada yang dilihat sengaja mencabar undang-undang. 

Baru-baru ini, seorang individu bernama Bismi Shah, dengan selamba mengutuk dan menghina kaum orang asli di Facebook, mengundang kemarahan ramai netizen. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik itu, Bismi mendakwa kaum tersebut berbau kambing, kencing tak basuh dan bangsa yang paling tiada nilai serta kasta paling bawah. 


Susulan kenyataan biadabnya itu, tampil beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Bismi, membuat 10 laporan di balai polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 


Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial atau berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati berbuat demikian.