Isteri tibai suami dengan pisau & kayu golf kerana kerap pulang lewat


Seorang lelaki berusia 51 tahun dikenali sebagai Zhong Zhengye di Singapura ditikam dengan pisau dan dipukul dengan kayu golf oleh isterinya kerana kerap pulang lewat ke rumah.

Zhong yang berkahwin dengan isterinya berusia 44 tahun dari Vietnam, Phan Thi Ngoc Dung, sejak September 2014.

Difahamkan, pasangan ini telah menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Phan sanggup datang ke Singapura bersama dengan anak perempuannya berusia 18 tahun untuk berkahwin dengan Zhong.

Keluarga itu kemudian berpindah ke Yishun sejak tiga tahun lalu. Tetapi disebabkan Zhong terlalu sibuk dengan kerjanya di syarikat, pasangan itu kerap bertengkar dan menyebabkan Phan selalu tidur dengan anak perempuannya.

Kemuncaknya pada 29 Mac lalu, Zhong yang baru pulang ke rumah pada awal pagi ditikam oleh Phan dengan pisau sebelum dipukul dengan kayu golf.

Terkejut dengan tindakan suspek, Zhong terus melarikan diri ke ruang tamu dan menghubungi polis.

Anak tirinya yang terdengar kekecohan itu terbangun dari tidur dan menghalang ibunya.

"Saya sangat sibuk denga kerja dan perlu keluar dari rumah sebelum matahari terbit, pulang ke rumah lewat.

"Dia (isteri) kerap mengadu saya selalu tiada di rumah dan kami sudah sering bertengkar mengenai perkara ini," katanya.

Ekoran kejadian itu, Zhong mengalami pendarahan dalam otak dan penglihatan mata kirinya turut terjejas untuk sementara waktu. Zhong terpaksa menjalani pembedahan dan rawatan susulan di hospital.

Sementara itu, isterinya ditahan dan diarahkan menjalani pemeriksaan mental di hospital.

Sumber: World of Buzz