'Makan pizza harga RM200 pun merungut' - Netizen sekolahkan Ahmad Maslan


Hujung bulan Mac, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan merungut dikenakan caj SST 6 peratus dan caj perkhidmatan 10 peratus. 

Menurut Ahmad, caj tersebut adalah bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan menipu rakyat. 

"Makan tengah hari di Pizza Hut bersama keluarga 15 orang. 

"Walaupun GST dah dimansuhkan, masih ada SST 6% dan ada juga service charge 10%. 

"Jika ada yang gembira GST dihapuskan, ini adalah bukti yang harga tercatat termasuk cukai dan caj. Rejim PH perdayakan rakyat bila GST diganti dengan SST," tweetnya. 





Bagaimanapun tweet bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu dibidas oleh netizen. 

"Makan pizza 15 orang harga RM200 lebih, lepas tu merungut. Hang makan pizza kot? 

"Untuk pengetahuan, rakyat marhaen makan pizza ni untuk sambutan harijadi ke, score SPM ke, bukan makan suka suki. Duduk BN lama sangat, bebal tu lama nak luntur," kata netizen. 




"Kenapa you tak order pizza set for family? Kenapa beli asing-asing? Memang rugilah. You punya pilihan orderp un salah, lepas tu nak put the blame on someone else. LOL. Or nak lagi simple, buy the pizza crust yourself, the ingredients yourself, buat sendiri," tambah netizen lain. 




Netizen juga memberi peringatan kepada Ahmad Maslan bahawa satu ketika dahulu dia pernah berkata bahawa perlaksanaan GST akan menurunkan harga barang.






Walaupun ada yang berkata, apa yang hendak disampaikan oleh Ahmad adalah caj 6 peratus itu masih wujud dan bezanya hanya tukar nama GST kepada SST, netizen menjelaskan perlaksanaan SST bukan pada semua barangan dan perkhidmatan seperti yang zaman GST. 








Sumber: Ahmad Maslan