Isteri buat laporan polis, suami guna timun & paksa lakukan seks luar tabii


Tak tahan dipaksa melakukan 'seks liar' termasuk seks luar tabii mendorong seorang isteri membuat laporan polis terhadap suaminya, lapor Astro Awani

Mangsa berusia 44 tahun dari Kangar, Perlis, mendakwa dia kerap dipaksa berbuat demikian oleh suaminya berusia 57 tahun yang bernafsu binatang. 

Selain itu, suspek gemar menggunakan timun semasa bersama dengan mangsa dan juga pernah memasukkan objek keras ke dalam dubur isterinya itu. 

Tidak tahan dengan nafsu buas dan pelik suaminya itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada Rabu lalu. 

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 377C, 377CA dan 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan persetubuhan luar tabii dan menggunakan objek keras ketika persetubuhan. 

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai peniaga kedai makan pernah memukul mangsa apabila berlaku pertengkaran di antara mereka. 

Mangsa mendakwa, suspek yang panas baran telah menumbuknya di bahagian dada kerana mangsa menegur nafsu pelik dan liarnya itu, pada Januari lalu. 

Suspek bagaimanapun telah menghilang diri dan polis kini sedang giat memburu supek untuk membantu siasatan.