'Bila balik rumah, tengok gambar tu....' - Terkejut gambar rakam kelibat 4 wanita misteri


Ekoran kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail Sabtu lalu yang dikaitkan dengan 'alam lain', ada netizen yang percaya dan tidak kurang juga menolak dakwaan yang dianggap tidak masuk akal itu. 

Dalam perdebatan di kalangan netizen, tampil seorang individu berkongsi gambar yang dirakamnya antara 2014 atau 2015 yang mendakwa ternampak kelibat sekumpulan wanita yang sedang mengambil wuduk di hujung sungai. Sedangkan ketika itu, hanya mereka berempat berada di kawasan tersebut. 

SUSULAN kehilangan kes Acap, ramai yang tak percaya dan menolak tentang kewujudan 'dunia lain'. 

Saya nak share sikit gambar yang dipernah dirakam pada tahun 2015, kalau tak silap. Lokasi dirahsiakan sebab tak nak menakutkan orang lain. 


Masa itu hanya kami berempat sahaja di lokasi ini. Tiada orang lain. Bila balik ke rumah dan tengok gambar itu, baru kami perasan, seolah-olah ada orang lain di belakang sedang mengambil wujud di hujung sungai itu. 

Saya share sebab ramai orang tak tahu bahawa 'mereka' itu sebenarnya wujud. Gambar ini tidak disunting. Saya tak suruh korang percaya, saya cuma kongsi apa yang pernah saya lalui. 


Gambar ini saya tak dapat pastikan tarikh sebenarnya ia dirakam. Tetapi kalau tak silap, tahun 2015 atau mungkin 2014. Gambar ini sudah lama disimpan dalam tab Samsung isteri dan jarang digunakan. 

Saya kongsi gambar ini untuk tatapan umum sebab saya agak marah dengan komen-komen negatif netizen mengenai kehilangan Acap itu. Ramai yang masih tidak percaya bahawa wujudnya 'alam lain'. 

Jadi saya tunjukkan apa yang pernah saya lalui dan gambar ini dirakam ketika hanya kami berempat sahaja yang berada di kawasan itu di mana waktu ketika itu adalah waktu Asar.