'Tak pasal-pasal kena halau' - Penumpang dah beli tiket flight, tapi kena halau sebab AirAsia overbooked


Lelaki ini sepatutnya tiba di destinasi pada hari yang telah dirancang. Malangnya, perjalanannya terbantut apabila syarikat penerbangan tambang murah AirAsia membuat pertukaran pesawat pada saat-saat akhir atas sebab masalah teknikal. 

Disebabkan itu, lelaki ini bersama lima lagi penumpang yang lain terpaksa dikeluarkan dari pesawat. Dari situ timbul persoalan mengapa kejadian seperti itu boleh berlaku? Baca luahan dari pengadu dan semoga anda berhati-hati di masa akan datang.

OKEY, hari ini buat pertama kalinya saya kena offload dari flight AirAsia. Ingat rugby saja ada offload. Seat saya nombor 32D, tapi flight ini nombor seat hanya sampai 31 sahaja. Jadi, ada enam penumpang yang tiada tempat duduk, termasuklah saya. 

Selepas tanya staff AirAsia macam mana insiden seperti ini boleh berlaku, dia menjelaskan berlaku pertukaran flight di saat-saat akhir sebab rosak. Jadi di sini saya macam tak berapa puas hati sikit dengan AirAsia. 
  1. Kenapa tukar dengan pesawat yang mempunyai 186 tempat duduk sedangkan penumpang ada seramai 192 orang
  2. Jika betul pesawat rosak, kenapa tidak dimaklumkan pada penumpang yang sedang menunggu untuk boarding di mana ada lebih kurang 45 minit selepas pintu dibuka dan semua penumpang dibenarkan masuk ke pesawat termasuklah saya. Tak logik, AirAsia tukar flight baru dengan tempat duduk yang kurang enam penumpang tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Macam ada yang tak kena. Tak pasal-pasal kena halau. Jatuh 'saham' saya tau, dah macam saya beli tiket penerbangan dengan ulat tiket pula. Hahaha!
  3. Cara AirAsia offload orang secara random pun macam tak syok juga, tiada dinyatakan dalam terma dan syarat, siapa check in lambat ke awal ke, boleh dioffload sesuka hati termasuk yang pakai coupon. Ada seorang amoi kena offload tapi seat dia di row 30. Kesian jugalah. Check in awal-awal, tiba-tiba kena halau keluar walaupun dah siap duduk dah. 

Jadi, saya rasa tak berapa puas hati dan rasa macam AirAsia macam nak makan untung atas angin dengan buat overbooked. Jadi, bila ada orang tak show up, tempat duduk mereka akan digantikan dengan penumpang tambahan ini. Tapi hari ini, end up dengan semua orang show up. 

Tapi tak tahulah, ini bukan tuduhan tetapi hanya andaian sahaja dan andaian saya ini berasas sebab saya yang orang yang kena offload dengar masa dalam flight, staff AirAsia sebut overbooked ni. 

Jadi, sebagai jalan penyelesaian, AirAsia beri tiket baru dan baucar makan RM20. Okeylah juga, tapi masih juga tiket baru tidak dapat menggantikan masa dan perancangan yang telah dibuat untuk ke destinasi. Terpaksa buat perancangan baru, renyah dan menyusahkan. Terpaksa cari pengangkutan lain untuk masuk ke Marudi nanti.

Paling tak boleh diganti ialah air muka saya dihalau keluar dari flight sambil kontrol dan senyum acah-acah cool macam tiada apa-apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya berilah penjelasan pada semua penumpang dan bayar pampasan sikit. Hahaha! 

So moral of the story, jangan happy sangat bila dah check in tu, anda mungkin mangsa offload seterusnya. Sekian terima kasih. 


Air mineral ini memang mengundang betul, bergenang air mata. Hahaha! 

Sumber: Hanif Husaini