'Tak kesian ke tengok cleaner terkena air sampah?'


Tabiat membuang sampah yang mengandungi air ke dalam tong sampah perlulah dihentikan. Ini kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan tong atau plastik sampah menjadi berat dan jika terkena pada sampah atau benda tajam, plastik terkoyak lalu air sampah pun terkeluar terkena petugas yang memunggut sampah. 

Perkara ini nampak remeh dan mungkin ada yang berkata, "Eh! Kira baguslah aku buang sampah berair ke dalam tong sampah, sekurang-kurangnya bukan buang merata-rata.". Betul, tetapi apa salahnya kita memudahkan pekerja pembersihan?



AKU nak minta sikitlah dekat semua rakyat Malaysia. Kalau korang nak buang sampah yang ada air, tolonglah buang air itu dulu. Kesian aku tengok cleaner tu kena angkat sampah berat, lepas itu basah kena air sampah. Tak kesian ke weh?

Tak perasan ke yang kerja cleaner ini bukan semua muda-muda? Pernah kau jumpa akak cleaner? Kalau jumpa, bagi aku nombor sekarang. 

Semua yang kerja cleaner ini kebanyakannya sudah tua. Ada yang mungkin sebaya dengan mak atau ayah kita. Diorang kalau ada Twitte, dah lama buat thread pasal perangai korang ni tau. 

Harap jadilah rakyat yang bertimbang rasa. Buang sampah itu dah bagus, cuma lagi bagus kalau kita mudahkan kerja cleaner ini buang sampah. Korang asingkan sampah ikut jenis-jenisnya. Barulah boleh jadi rakyat first class. 

Aku minta tolong sebarkan hal ini macam fitnah. Tunjukkan kita mampu ubah benda yang biasa menjadi luar biasa. 

Sementara itu, netizen juga bersetuju dengan teguran tersebut









Sumber: Diego Akosta