Latheefa Koya dilantik jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, keluar dari PKR serta-merta


Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu untuk tempoh dua tahun. 

Dalam Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan itu selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pelantikan beliau. 

Dalam pada itu, kerajaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang banyak berjasa kepada negara sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. 

Selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694), YDPA memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal di mana kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020. 

Sehubungan dengan pelantikan itu, Latheefa mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta. 

Sumber: Harian Metro