'Bank beritahu transaksi pelik itu berjumlah RM514, nasib baik saya cepat call bank!' - Wanita nyaris jadi mangsa scammer online shopping


Warga Facebook terutamanya golongan wanita dinasihatkan berhati-hati sebelum meneruskan sebarang transaksi pembelian barangan secara online kerana seorang wanita nyaris menjadi mangsa scammer. 

Menurut Mimi Shafie yang berkongsi mengenai kejadian yang baru saja menimpanya semalam, dia hampir mengalami kerugian sebanyak RM514. 

SALAM. Just peringatan untuk semua kaum perempuan yang gila shopping. Ini adalah pengalaman saya sendiri. 

Semalam saya dah terkena dengan satu laman web ini sebab tengok kasut murah, tengok harga kasut RM22.50, kelam kabut la kan. 

Terus proceed order untuk tiga pasang dan total semua RM62.50 dan bayaran dibuat menggunakan Master Card. Tiba-tiba dia tulis 'Payment Successful RM180'.  


Dah mula rasa pelik, sebab tadi total RM67.50 saja. Kenapa tiba-tiba menjadi RM180 pula? 

Selepas itu terus masuk dua mesej potongan Maybank. Satu CNY330.07 dan satu lagi CNY380.56. 


Saya terus call Maybank untuk mengetahui status transaksi ini dan pihak bank memaklumkan transaksi itu nampak pelik, namun mujur statusnya masih pending dan duit masih belum dipotong. 

Pihak bank terus sekat penggunaan kad bank saya dan memaklumkan transaksi itu berjumlah RM514. 


Alhamdulillah, nasib saya baik sebab cepat-cepat menghubungi bank pada waktu itu untuk sekat kad. Bukan saya seorang saja yang kena, ramai juga yang kena semalam. 

Selepas ini, periksa betul-betul website shopping online itu kerana mereka (scammer) banyak buat laman atau jenama palsu kononnya ada jualan murah. 




Berhati-hati semua, jangan percaya laman web seperti ini. Sis trauma. 

Sumber: Mimi Shafie