Sini Munda, dari Mundasahi, India, sebelum itu tidur di sebelah abang dan kakaknya pada malam kejadian apabila haiwan itu datang ke kediaman mereka.
Selepas merobohkan dinding rumah, haiwan itu menggunakan belalainya masuk ke dalam rumah lalu mengambil mangsa sebelum memijaknya sehingga mati.
Ganess (abang) dan Rani (kakak) berada dalam keadaan kritikal akibat dihempap dinding rumah yang runtuh. Mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Komuniti Champua.
Sumber: Daily Mail