'Kalau jual isi durian saja, mana boleh untung'


Viral di media sosial baru-baru ini mengenai seorang peniaga menjual isi durian, bukan dengan kulitnya, menerima pelbagai reaksi positif dari netizen.

Menurut Mohd Izzuwan Ismail, 30, yang berniaga durian tanpa kulit di bahu jalan di Batu 15, Jalan Sintok, berkata, dia memilih untuk menjual isi durian yang baik saja bagi memastikan pelanggannya berpuas hati

Idea berniaga isi durian itu datang selepas dia beberapa kali membeli durian yang isinya buruk

Disebabkan kejujurannya itu, dia berjaya menjual lebih dari 200 biji durian setiap hari.

Bagaimanapun, tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang golongan peniaga buah durian yang menganggap tindakannya itu hanya mendatangkan kerugian. 

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, bila jual isi durian sahaja, sukar untuk peniaga meletakkan harga

"Dalam satu biji durian pun boleh untung RM6. Ada juga isi durian yang cantik dan ada yang tidak. Dalam sebiji durian juga kita tidak tahu berapa ulas isinya

"Kalau jual isinya sahaja, bagaimana peniaga boleh untung. Pokok pangkalnya, pengguna perlu bijak

"Peniaga dan pengguna perlu ada kesepakatan. Kalau pengguna berasa tidak mahu ditipu, dia boleh makan di situ dan kalau mahal, pengguna boleh cari durian di tempat lain

"Pengguna perlu bijak, mereka yang menentukan kawalan pasaran. Pengguna boleh boikot sekiranya durian mahal. Kesannya, pengguna akan beralih kepada penjual lain kerana buah durian tidak mampu tahan lama. 

"Ini kerana durian durian bila gugur daripada pokoknya, ia hanya boleh disimpan selama satu malam sahaja. Apabila masuk hari kedua, ia akan terbuka dengan sendiri dan gasnya akan keluar dan mempengaruhi rasanya," katanya. 

REAKSI NETIZEN