Suami kantoi curang tergamak rempuh isteri dengan kereta sebelum melarikan diri


Seorang lelaki yang ditangkap bersama perempuan lain di dalam kereta oleh isterinya, cuba melarikan diri dengan merempuh wanita itu. 

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah dalam kenyataannya semalam berkata, polis telah mengenal pasti dan kini sedang memburu suspek berusia 50 tahun itu. 

Menurut Lim, kira-kira jam 8.30 malam Khamis, mangsa yang merupakan surirumah berusia 53 tahun baru saja pulang dari masjid dan ternampak kereta suaminya diletakkan di tepi jalan di Kampung Wireless. 

"Dia berjalan menuju ke kereta itu untuk meminta duit dari suaminya kerana dia mahu membeli ubat. 

"Namun dia ternampak ada perepuan lain di dalam kereta dan cuba menghalang kereta suaminya dari beredar," kata Lim. 

Suspek tergamak merempuh mangsa menyebabkan isterinya tercampak ke tepi jalan. 

"Mangsa mengalmi kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan," katanya. 

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin hampir 30 tahun dan dikurniakan lapan orang anak. 

Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

Sumber: Borneo Post