'Tak mampu pergi pulau kucing di Aoshima, pergi sini Pulau Kucing Pahang pun nice juga'


Bila sebut pulau kucing, mesti teringat Aoshima, sebuah pulau yang dihuni oleh banyak kucing tidak bertuan di Jepun. 

Tetapi di Malaysia juga mempunyai pulau kucing yang terletak di Pusat Tenun Pekan, Pahang dengan jumlah sebanyak 100 ekor bersama dengan beberapa haiwan lain yang juga memerlukan perlindungan. 

Menurut Ikhwan yang pernah berkunjung ke pulau tersebut berkata, tempat itu diasaskan oleh seorang penduduk asal Pekan yang kini telah pun meninggal dunia. Tempat itu kini diseleisa oleh beberapa sukarelawan dari Perancis.

SAYA berkesempatan untuk mengunjungi Pulau Kucing yang terletak berhampiran Pusat Tenun Pekan, Pahang. Buat masa sekarang ada lebih kurang 100 ekor kucing jalanan yang dibela. Sebuah tempat yang sangat cantik dan tenang, sesuai untuk pengunjung yang sukakan kucing. 





Pada mulanya tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang diasaskan ooleh seorang lelaki, penduduk asal Pekan. Beliau telah meninggal dunia dan tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis. 

Suka untuk saya mengajak mereka yang berada di sekitar Kuantan dan Pekan untuk datang ke sini dan memberi sumbangan terutamanya dari segi makanan dan perubatan. 

Ada beberapa ekor kucing yang saya perasan ada masalah fungus. Sumbangan berbentuk wang ringgit juga sangat dialukan. 

Selain kucing, turut ditempatkan di sini adalah kambing, itik dan monyet. Secara asas, ini adalah sebuah pulau untuk haiwan berlindung. 

AMARAN KERAS! Dilarang membuang kucing di pulau ini. Ada beberapa kes sebelum ini, orang yang tidak bertanggungjawab melepaskan kucing yang sakit.





Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze Meow Island atau cari Pusat Tenun Pekan. 

Semua kucing yang ada di sini sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda. Setiap daripada mereka mempunyai nama sendiri. 






Pulau ini hanya dibuka dari hari Khamis hingga Selasa. Jam 1 tengah hari hingga 6.30 petang. Kalau anda ke sana, beritahu mereka bahawa anda mendapat info berkenaan tempat itu daripada Twitter saya. 

Kalau ada yang nak pergi buat kerja sukarela pun boleh. Tengok ramai yang komen kata rumput itu panjang. Apa kata pergi hujung minggu, tolong tebas. Sebab sukarelawan pun dah sibuk jaga kucing, bagi makan, ubat etc. 

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM3 dan kanak-kanak RM1. Tapi digalakkan untuk bayar lebih. Meow Island ini juga menerima kunjungan pelajar-pelajar dan mereka yang ingin buat kerja amal. 





Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pengasas Meow Island, almarhum Tengku Lukmannadzira bin Tengku Hussin yang meninggal dunia pada 14 Julai 2019. 

Sumber: Ikhwan