Pelanggan dibanned 980 tahun kerana minta refund dari web shopping online


Gara-gara meminta wang dikembali selepas membeli seutas jam mahal dari laman shopping online, Taobao, lelaki bernama Zhu di Fujian, China ini disekat dari laman itu selama 980 tahun. 

Berdasarkan gambar bukti pembelian, Zhu telah membeli seutas jam tangan mahal yang berharga 32,999 yuan (RM19,462) pada 29 Disember 2019, jam 8.48 pagi. 

Namun, sebaik saja dia menyedari yang dirinya mempunyai tabiat suka membeli barang tanpa berfikir dahulu, lalu dia meminta wangnya dikembalikan, seminit selepas dia membuat pembayaran. 



Disebabkan 'kecerdikannya itu, pihak Taobao telah menyekat Zhu dari terus membuat pembelian di laman web mereka sehingga 1 Januari 2999. 

Punca sekatan itu dikenakan kerana Zhu telah melanggar peraturan sehingga menjejaskan pihak lain.

Tetapi Zhu mempertahankan tindakannya dan berkeras menuntut wangnya dikembalikan kerana di bawah perjanjian Taobao, pengguna berhak untuk menuntut wang dikembalikan sebelum barangan yang dibeli itu dihantar.