'Ya, kakak saya dipukul oleh suaminya' - Adik sahkan Nurul Shuhada dipukul suami



Adik kepada Nurul Shuhada mengesahkan kakaknya telah ditumbuk oleh abang iparnya, Hafidz Roshdi, lapor Kosmo Online. 


Menurut individu yang enggan dinamakan itu berkata, kejadian tersebut berlaku berdekatan kawasan rehat dan rawat (RNR) di sekitar Sungai Buloh. Namun, Nurul Shuhada katanya tidak mengalami kecederaan teruk. 


"Ya, kakak saya ditumbuk oleh suaminya. Saya difahamkan pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut. 


"Shuhada ditumbuk sebanyak tinga kali pada bahagian muka dan saya terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan dan hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya memetik laporan dari portal Kosmo Online, Khamis, 2 Mac 2023. 


Setakat ini, keadaan Nurul Shuhada masih baik dan telah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat. 


"Alhamdulillah keadaannya stabil, cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah. Selain itu, Shuhada juga melakukan rawatan lanjut bagi mengenal pasti tiada sebarang kecederaan serius berlaku. 


"Cuma, dia kini terkesan dengan apa yang berlaku," katanya. 


Sumber: Kosmo Online