Pekerja songlap duit, ajai tutup restoran

7-Pekerja-Songlap-Duit-Ajai-Tutup-Restor
Gara-gara berhadapan dengan masalah pekerja yang mengambil kesempatan di restorannya, komposer Ajai terpaksa menutup restorannya. Namun keputusan menutup restoran tersebut hanyalah sementara dan bakal dibuka semula dengan kehadiran pekerja baru.

Biasalah, saya percaya masalah pekerja dialami oleh kebanyakan peniaga. Cuma, ia pengalaman pertama buat saya memandangkan perniagaan makanan adalah bidang yang baharu saya ceburi. Bayangkan, pengurus restoran curi duit, kemudian minyak yang sudah digunakan dijual tanpa pengetahuan saya

Belum lagi masalah pekerja datang lambat. Jadi saya mengambil pendekatan untuk tutup restoran berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan pekerja baharu, jelasnya kepada BH Online.
Apa pun menurut Ajai, dia menjadikan tersebut sebagai pengajaran. Dibuka di atas minat yang mendalam terhadap masakan, restoran asam pedasnya itu juga turut mendapat sambutan yang mengalakkan walaupun belum sampai setahun beroperasi.


Saya membuka restoran ini kerana minat dalam masakan. Alhamdulillah, maklum balas diterima amat baik. Begitupun, masalah lain pula yang timbul, ujarnya. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih