Cabul 2 Pelajar UTAR, Peguam Ditahan


KAJANG - Susulan kes seorang lelaki mencabul dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Selasa lalu, polis telah menahan seorang peguam dipercayai suspek kejadian, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, lelaki terbabit datang menyerah diri di Balai Polis Kajang semalam. 

"Hasil pengecaman dilakukan oleh mangsa, lelaki berusia 33 tahun itu adalah pelaku dalam kejadian itu," katanya. 

Lelaki terbabit ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Artikel berkaitan: